Kedua-dua makanan itu gagal dalam ujian saringan semasa jabatan berkenaan menjalankan operasi bersepadu sempena perayaan Tahun Baru Cina bersama Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia Perak, Datuk Tan Chin Meng berkata, daging dan udang berkenaan telah diuji dengan mencampurkannya bersama sejenis agen yang akan berubah warna jika mengandungi bahan pengawet.
Hasil ujian tersebut, katanya, daging dan udang berkenaan didapati positif mengandungi sulfur dioksida dan ia akan menjalani satu lagi ujian di makmal.
“Jika ujian akhir di makmal mengesahkan kehadiran sulfur dioksida itu, ia akan dirujuk kepada pihak pembekal kerana pasar raya hanya menjual makanan tersebut tanpa mengetahui bahan pengawet itu,” ujarnya.
Bercakap kepada pemberita semasa menyertai operasi itu di sini hari ini, Chin Meng berkata, mereka yang menggunakan bahan pengawet haram dalam makanan boleh didakwa di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Mengenai operasi itu, katanya, ia bertujuan memastikan peniaga mematuhi undang-undang supaya menjual makanan segar yang bebas daripada penggunaan sulfur dioksida dan asid borik serta benar-benar berkualiti kepada pengguna sepanjang perayaan TBC.
Katanya, operasi itu turut memeriksa hamper, mengambil sampel limau mandarin untuk analisis racun perosak dan makanan dalam tin yang sudah rosak.
Tambahnya, pemeriksaan secara bersepadu itu akan diteruskan sehingga sambutan perayaan Cap Goh Meh pada 21 Februari depan. - Oleh TAJUL SAFUAN ABU HASSAN (Utusan)
Rabu, Januari 30, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kimia haram dikesan pada daging, udang silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "