Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 6:24 PM

12Sabtu,Januari

Kerjasama 'Pondok Polis' Untuk Kesan Sharlinie

PETALING JAYA, 11 Jan, - Polis turut mendapatkan kerjasama setiap "pondok polis" di semua kawasan di Lembah Klang dalam usaha mengesan Sharlinie Mohd Nashar, 5, atau Nini, yang hilang sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kerjasama baik yang diberikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan rukun tetangga di kawasan sekitar tempat kejadian juga banyak membantu dalam siasatan yang dijalankan.

"Saya mengalu-alukan pihak lain yang ingin memberikan bantuan dan polis akan memberikan kerjasama yang sewajarnya agar Nini dapat ditemui semula," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini.

Sharlinie dilaporkan hilang kira-kira 11.30 pagi Rabu lepas ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan di sini.

Ditanya mengenai kemungkinan kanak-kanak itu telah dibawa keluar dari negara ini, Arjunaidi berkata sehingga kini belum ada maklumat seperti itu.

Katanya sehingga kini, polis menerima pelbagai maklumat berhubung kehilangan Sharlinie dan semua maklumat itu disiasat serta diambil tindakan.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh mendedahkan maklumat itu kerana ia akan mengganggu siasatan selain bimbang akan wujud implikasi lain seperti maklumat itu akan dikembangkan menjadi info berangkai.

Di BALING, Pergerakan Putera Umno akan mengedarkan 10,000 poster Sharlinie di Taman Datuk Harun, Kampung Lindungan, Seri Maju, Puchong, PJ Old Town dan sekitar Kelana Jaya sebagai membantu gerakan mengesan kanak-kanak itu, kata Ketuanya Datuk Abdul Azeez Rahim,

Selain itu, anggota Putera Umno juga kemudian akan mengedarkan poster di semua pintu masuk ke negara ini dan di tempat awam bagi membantu orang ramai mengenali wajah kanak-kanak itu dengan lebih jelas.

"Putera juga akan mengedar 10,000 poster lakaran wajah suspek dalam sehari dua ini untuk diedarkan ke seluruh negara dalam ikhtiar menjejaki suspek," kata beliau kepada pemberita di sini, Jumaat.

Di BUTTERWORTH, usaha mencari Sharlinie turut mendapat perhatian Gerakan Belia 4B Malaysia yang menggerakkan seluruh anggotanya untuk mengedarkan poster di sekitar kawasan tumpuan orang ramai terutama di stesen kereta api dan bas di Butterworth.

Pengerusi Gerak Masyarakatnya Mohamad Fozi Rejab berkata dalam operasi yang dijalankan semalam, 10,000 poster diedar di sekitar Petaling Jaya manakala pada hari ini pula, 2,000 keping poster ditampal di tempat tumpuan umum di sekitar Butterworth.

Usaha tersebut turut dibantu oleh sebilangan peniaga di sekitar kawasan itu yang prihatin terhadap nasib keluarga berkenaan dan kemudian membantu mengedar serta menampal poster di premis perniagaan mereka.

Mohamad Rozi berkata pihaknya juga akan pergi dari rumah ke rumah untuk memaklumkan kepada seluruh penduduk kawasan itu mengenai kehilangan Sharlinie.

Katanya, mereka akan berusaha membantu menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Sharlinie semasa menjalankan rondaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia Mustafa Abdul Rahman yang sama-sama terlibat dalam kes mencari Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin sebelum mayatnya ditemui, berkata persatuan itu kini giat mengumpulkan anggotanya untuk membantu mencari Sharlinie.

"Setakat ini 15 orang telah dikumpulkan untuk operasi mencari Sharlinie. Sebagai permulaan, kami akan mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin malam ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Persatuan itu menggerakkan usaha mencari kanak-kanak itu di seluruh negara dan akan membuka bilik gerakan bagi memudahkan orang ramai memberi maklumat sekiranya memperoleh petunjuk baru.

"Kami belum tentukan lagi di mana bilik gerakan akan ditempatkan tetapi ia akan dilaksanakan secepat mungkin. Kami akan bertindak berdasarkan maklumat yang ada pada polis dan kita juga akan menghubungi keluarga kanak-kanak itu untuk tindakan selanjutnya," kata Mustafa.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) turut mengambil tindakan yang sama dalam usahanya mengesan kehilangan kanak-kanak itu.

Pengerusi GPMS Wilayah Persekutuan Sobri Ahmad ketika dihubungi berkata kempen akan dijalankan terus-menerus di seluruh Kuala Lumpur dalam masa terdekat bagi membantu mencari Sharlinie.

"Saya telah berbincang dengan ahli-ahli GPMS untuk mengedarkan poster Sharlinie dan risalah tentang pentingnya menjaga keselamatan kanak-kanak seperti yang telah kita buat dalam usaha mencari Nurin dahulu.

"Kami akan bergerak ke setiap pasar raya dan kawasan tumpuan orang ramai bagi mengedar poster kanak-kanak tersebut," katanya.

Sobri berkata laman web GPMS juga akan digunakan sebagai hebahan dalam usaha mencari Sharlinie.

Pengerusi GPMS Selangor Mustafa Latif pula berkata anggota persatuan akan memperhebatkan usaha mencari kanak-kanak itu.

Katanya GPMS Selangor akan turut serta mengedarkan poster dan brosur berkaitan Sharlinie di kawasan tumpuan orang ramai terutamanya kawasan pejalan kaki di pusat bandar. - (Bernama)
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Januari 12, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog