2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 3:57 PM

12Sabtu,Januari

Ibu Sharlinie Yakin Anaknya Masih Hidup

PETALING JAYA, 11 Jan, - Ibu kepada Sharlinie Mohd Nashar, 5, kanak-kanak yang hilang sejak Rabu lepas yakin bahawa anaknya masih hidup tetapi amat khuatir akan keselamatan anaknya sehingga menjadi tidak keruan.

"Saya tidak sedap hati, saya rasa ada sesuatu yang tidak baik berlaku pada Nini (nama panggilan Sharlinie), saya takut Nini diapa-apakan," kata Suraya Ahmad, 28, kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata sejak kejadian itu beliau dihantui perasaan bimbang akan keadaan anak bongsunya, dan berdoa kepada Tuhan agar Nini ditemui semula dalam keadaan selamat.

"Saya yakin Nini masih hidup, saya rasa dia masih ada di sekitar sini, tetapi hati saya tak keruan. Saya rindu... sunyi bila Nini tiada," katanya sebak.

Sejak berita tentang kehilangan Nini disebarkan media, Suraya berkata ramai yang menghubungi mereka dan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat serta maklumat tetapi tidak kurang juga yang mencerca.

"Malam semalam ada seorang perempuan menelefon saya. Dia cakap: awak tahu tak di mana anak awak? Tidak pandai jaga anak. Dia marah-marah... tetapi kemudian tu dia kata, `harap anak awak selamat' sebelum dia letak telefon," katanya.

Datuk dan nenek kepada Nini, Ahmad Ishak, 60, dan Shamsiah Mohd Yusof, 48 berkata hubungan mereka dengan Nini sememangnya amat rapat dan Nini sendiri menganggap rumah mereka seperti rumah kedua.

Mereka berharap cucu kesayangan mereka akan pulang dengan selamat dan merayu kepada sesiapa yang menyimpannya agar memulangkan semula kepada mereka.

"Makcik selalu menangis bila teringatkan Nini.. Kami yakin Nini masih ada, dia ada di luar sana.. janganlah diapa-apakan dia, dia tidak berdosa, pulangkanlah dia kepada kami segera," kata Shamsiah.

Turut berkongsi kedukaan, Jazimin Abd Jalil, 33, bapa kepada mangsa culik dan bunuh, Nurin Jazlin, yang melawat keluarga Sharlinie hari ini bagi memberi sokongan moral dan kata-kata semangat.

Jazimin berkata beliau terpanggil untuk memberikan sokongan kepada keluarga Nini dan berkongsi pengalaman amat pahit dalam sejarah hidupnya agar mereka lebih cekal menempuh dugaan mendatang.

"Saya pernah berada dalam situasi yang sama. Saya dapat rasa apa yang mereka rasa, bagaimana sakitnya bila kehilangan permata yang paling bernilai dalam hidup kita," katanya.

Beliau berkata masyarakat seharusnya berhenti daripada memberi maklumat palsu dan mengelirukan serta tidak menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) yang berbaur cemuhan dan cacian kerana ini hanya menambah tekanan kepada mereka.

"Hentikanlah semua itu, jangan main-mainkan mereka. Cukuplah tekanan yang mereka rasa, seperti mana saya dulu.. saya juga dilontar dengan pelbagai kata cemuhan dan fitnah," katanya, sambil menasihatkan ibu bapa Nini bersabar dan sentiasa berdoa agar dapat ditemukan semula dengan Nini dalam keadaan selamat.

Jazimin percaya suspek yang melakukan kekejaman terhadap anaknya Nurin Jazlin merupakan suspek sama dan menurut penelitiannya serta berdasarkan fotofit, "saya percaya orangnya sama... bentuk mukanya dan lakarannya hampir serupa".

Sementara itu, sebanyak 100,000 keping poster Sharlinie diedarkan kepada pengguna Lebuhraya New Pantai Expressway hari ini.

Pengedaran poster itu dilakukan oleh Timbalan Menteri Pelancongan merangkap Anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Datuk Donald Lim bersama beberapa orang anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta kakitangan pengurusan lebuh raya itu.

"Dengan cara ini kita harap masyarakat dan pemandu sentiasa peka dan dapat membantu pihak berkuasa dalam usaha mencari Nini agar Nini dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat," kata Lim kepada pemberita di Plaza Tol Kampung Medan di sini hari ini.

Sambil meminta semua pihak bersama-sama mencari langkah proaktif membendung kejadian seumpamanya daripada berulang, beliau berharap kejadian itu menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua.

Nini dilaporkan hilang kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan di sini. - (Bernama)
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Januari 12, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog