/

Celcom Hantar MMS Gambar Sharlinie Kepada Pelanggan

KUALA LUMPUR, 11 Jan, - Syarikat pengendali perkhidmatan telekomunikasi mudah alih, Celcom (M) Bhd telah menghantar khidmat pesanan multimedia (MMS) yang memaparkan gambar Sharlinie Mohd Nashar berserta mesej yang menggesa orang ramai membantu untuk mencari kanak-kanak berumur lima tahun yang dipercayai diculik itu, kepada semua pelanggan perkhidmatannya.

Dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, Celcom berkata ia bertujuan menggesa mereka untuk berkongsi mesej itu dengan anggota keluarga dan rakan-rakan, dalam usaha mengesan Sharlinie yang hilang semasa bermain berhampiran dengan rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya Rabu lepas.

"Kita juga menggesa lain-lain badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menyertai usaha ini," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Sharlinie perlu menghubungi polis dengan menelefon 03-79662222, atau 999 dengan segera.

Sementara itu Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Johari Baharum berkata beliau bimbang liputan media yang meluas mengenai kes tersebut boleh menjejaskan siasatan polis.

"Liputan yang meluas boleh jejaskan siasatan polis kerana ia secara tidak langsung memberi ruang kepada suspek melepaskan diri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini. - (Bernama)
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Januari 12, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog