/

Ganjaran Tunai Untuk Cari Kanak-kanak Hilang

PETALING JAYA, 10 Jan, - Kempen pencarian Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang selepas dipercayai diculik pagi semalam bertambah agresif apabila ganjaran kepada pemberi maklumat mula ditawarkan dan poster kehilangannya ditampal di merata tempat.

Antara yang menawarkan ganjaran ialah Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS) Datuk Donald Lim Siang Chai yang melalui Pusat Perkhidmatannya, menawarkan ganjaran RM5,000 kepada mana-mana individu yang memberi maklumat sehingga terjumpanya kanak-kanak itu.

"Saya harap masyarakat akan tampil memberikan maklumat dan kerjasama dengan polis agar Sharlinie dapat kembali semula ke pangkuan keluarga," katanya kepada pemberita dalam program `Kembalikan Adik Sharlinie Ke Pangkuan Keluarga' di sini malam ini.

Beliau berkata 5,000 keping poster kehilangan Nini akan mula ditampal merata tempat, terutama di kawasan sekitar Petaling Jaya.

"Dengan bantuan pelbagai pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan-persatuan penduduk di sini, kita akan mengedarkan dan menampal poster-poster ini di kawasan strategik termasuk surau, masjid, pasar, sekolah dan juga tempat-tempat lain," katanya.

Sharlinie atau dikenali sebagai Nini dilaporkan hilang kira-kira pukul 11.30 pagi semalam ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka. - (Bernama)
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, Januari 11, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog