2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 4:09 PM

11Jumaat,Januari

Bapa Sharlinie Terima Banyak SMS

PETALING JAYA, 10 Jan, - Bapa kepada Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang setelah dipercayai diculik pagi semalam menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memberitahu di mana anaknya berada.

"SMS yang terbaru saya terima ialah kira-kira pukul 10 pagi tadi, mengatakan anak saya berada di perhentian bas Butterworth, Pulau Pinang.

"Sekitar pukul 8.30 pagi pula saya mendapat panggilan telefon daripada seorang perempuan yang memberitahu ternampak seorang kanak-kanak seakan anak saya di Puduraya sekitar pukul 4.30 petang semalam, Pemanggil itu menyangka kanak-kanak tersebut adalah anak saya apabila melihat gambar Nini terpampang di akhbar hari ini.

"Semua maklumat ini telah pun saya serahkan kepada polis," kata Mohd Nashar Mat Hussain, 29.

Mengulas perkara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed meminta orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dalam memberikan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.

"Daripada pengalaman lalu, kebanyakan maklumat yang diberikan adalah tidak tepat dan mengelirukan dan ini akan melambat dan menjejaskan siasatan," katanya.

Ibu Sharlinie, Suraya Ahmad, 28, berkata anaknya mengidap asma dan perlu mengambil ubat tiga kali sehari bagi menahan sakitnya.

"Nini sakit asma sejak kecil dan kami perlu bawa dia ke klinik berhampiran rumah untuk rawatan. Ada masa tertentu penyakitnya akan jadi teruk dan kami perlu bawa dia ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut," katanya.

Kakak kepada Sharlinie, Sharliena, 8, yang ada bersama adiknya semasa kejadian memberitahu adiknya dibawa oleh seorang wanita menaiki sebuah kereta berwarna hitam.

"Saya nampak Nini dipegang oleh seorang perempuan. Naik kereta hitam. Nini menjerit dan meronta-ronta tapi saya tak boleh buat apa-apa.

"Saya balik rumah bagi tahu mak," katanya. - (Bernama)
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, Januari 11, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog