2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 22 April 2025   
@ 24 Syawal 1446H / 5:51 AM

11Jumaat,Januari

Mencari Sharlinie

PETALING JAYA 10 Jan. – Selepas dua kanak-kanak diculik dalam tempoh 48 jam termasuk Sharlinie Mohd. Nashar, 5, di Taman Medan di sini semalam, polis yang tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan beberapa kes culik di Lembah Klang sebelum ini, menubuhkan pasukan khas Bukit Aman dan Selangor bagi memburu dua suspek berkaitan.

Ia langkah pantas polis dalam menangani kes culik kanak-kanak yang banyak persamaan modus operandi iaitu melibatkan empat budak perempuan di Kampung Baru pada Jun dan Julai lalu serta kes culik dan bunuh Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin yang hilang 20 Ogos lalu sebelum mayatnya ditemui pada 27 hari kemudian.

Penjenayah bagi kes-kes culik itu digelar sebagai ‘Abang Kucing’ kerana modus operandi memujuk mangsa mencari kucing dan burung yang hilang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pasukan khas itu akan melancarkan gerakan memburu besar-besaran penjenayah tersebut bagi mengembalikan semula kanak-kanak berkenaan kepada keluarganya.

‘‘Pada masa yang sama polis juga telah mengedarkan gambar-gambar Sharlinie di pintu-pintu sempadan negara dan lapangan terbang bagi menghalang penjenayah lolos dan memastikan mangsa tidak dibawa keluar dari negara ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut memuji pihak Utusan Malaysia kerana membantu menyediakan poster-poster mencari Sharlinie.

Menurut Musa, siasatan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak daripada penjaganya yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Menjawab soalan mengenai kemungkinan penjenayah adalah orang yang sama atau mempunyai kaitan dengan kes-kes culik sebelum ini, beliau berkata: “Kami tidak menolak kemungkinan itu dan akan menyiasat secara menyeluruh dan dari segenap aspek.

Pada masa ini, kami sedang memburu kedua-dua suspek itu melalui lakaran wajahnya dan akan mengedarkannya kepada media cetak dan elektronik secara meluas.

Kami juga berharap orang ramai agar tampil membantu menyalurkan maklumat kerana di kawasan kejadian terdapat banyak gerai,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi semalam, Sharlinie dan kakaknya Sharliena, 8, yang dalam perjalanan pulang dari bermain di taman permainan berdekatan rumahnya di Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, hilang ‘dalam sekelip mata’.

Lokasi kali terakhir Sharlinie dilihat kakaknya ialah kira-kira 150 meter dari rumah mereka iaitu di persimpangan lorong ke taman permainan itu dengan di kiri kanannya adalah rumah teres.

Sebelum Sharlinie yang berjalan kaki ‘hilang sekelip mata’, kakaknya yang menunggang basikal kira-kira lima meter di belakangnya, menoleh ke belakang kerana terdengar bunyi orang berjalan kaki.

Selepas ternampak kelibat seseorang di belakangnya, Sharliena beberapa saat kemudian menoleh semua ke depan dan mendapati adiknya itu telah hilang.

Dia pantas mengayuh basikal ke rumah datuknya berhampiran rumah mereka untuk bertanya sama ada Sharlinie sudah tiba di rumah tetapi akhirnya keluarga tersebut menyedari kanak-kanak itu telah hilang.

Sharlinie hilang hanya 24 jam selepas Nur Fatiha Zaidi, 6, diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang di pekarangan flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, kira-kira dua kilometer dari lokasi Sharlinie diculik.

Bagaimanapun, Nur Fatiha ditinggalkan penjenayah berkenaan di Wangsa Maju di sini kira-kira tiga jam kemudian.

Musa berkata,berikutan kes terbaru ini, beliau meminta ketua-ketua polis negeri mengadakan perbincangan dengan pemimpin masyarakat supaya menetapkan seorang dewasa mengawasi taman-taman permainan kanak-kanak.

Terdahulu Musa dan Shahrizat meluangkan masa mengadakan pertemuan dengan kedua-dua ibu bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussain, 29, dan Suraya Ahmad, 28. - Oleh SHARILFUDDIN SAARI (BH)

.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, Januari 11, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog