2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 16 April 2025   
@ 18 Syawal 1446H / 2:11 AM

31Isnin,Disember

Konkrit boleh tahan gegaran gempa

Construction site miniature

TOKYO: Syarikat pembinaan Jepun kini menggunakan sejenis konkrit yang dikatakan menjadi kukuh selepas merekah dalam usaha mengelak daripada kemusnahan akibat gegaran gempa bumi.

Konkrit yang dihasilkan syarikat pembinaan Kajima Corp, mengandungi serat polimer setebal rambut manusia yang lazimnya digunakan bagi pembuatan tayar.

Ia dikatakan dapat mengelak rekahan daripada menjadi lebih besar.

Malah, konkrit fleksibel yang boleh membengkok dan kukuh selepas merekah dan dapat berdepan ancaman gempa yang sememangnya sering berlaku di Jepun.

"Struktur bangunan tetap sama jika digegarkan gempa kuat," kata Tetsushi Kanda, jurutera kanan Kajima.

Beliau mendakwa konkrit itu mampu mengembang 100 kali berbanding konkrit biasa.

Jepun yang diakui keupayaannya kerana menggunakan aspek kejuruteraan yang tahan gempa, bagaimanapun dikejutkan dengan kesan kemusnahan pada lebuh raya bertingkat dan bangunannya berikutan gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter di bandar Kobe pada 1995 yang turut meragut 6,400 nyawa.

Setakat ini, dua bangunan tingginya menggunakan konkrit khas itu manakala 100 bangunan dan struktur asas lain diperkukuhkan dengan bahan asas berkenaan.

Produk yang memakan masa 10 tahun untuk dihasilkan, diperkenalkan pada 2003 tetapi penggunaannya cuma mewakili 0.1 peratus pasaran konkrit Jepun.

"Ini disebabkan harganya 10 kali lebih tinggi daripada konkrit biasa. Namun, kami berusaha untuk mencari jalan memastikan harganya dapat direndahkan," kata Kanda. - Reuters



Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Disember 31, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog