- Mengikut US FDA, tahap bahan kimia seperti Raksa (Mercury) dalam sirip dan daging ikan yu cukup tinggi untuk menjejaskan sistem saraf bayi yang belum lahir. Ini boleh mengakibatkan masalah pembelajaran (bahasa & daya ingatan) dan pergerakan anggota badan. Satu lagi gejala kesihatan adalah ketidaksuburan.
- Sirip ikan yang dijual di Hong Kong telah diuji dan didapati mengandungi 5.84 bahagian dalam sejuta (ppm) merkuri. Tahap pencemaran maksima merkuri dalam bahan makanan yang dibenarkan di Hong Kong adalah 0.5 bahagian dalam sejuta (ppm).
- Mengapa daging ikan yu mengandungi merkuri? Sebenarnya semua hidupan laut mempunyai bahan racun dalam dagingnya, lebih-lebih lagi semenjak revolusi perindustrian di abad 18 di mana kilang-kilang membuang berbagai bahan kimia beracun ke dalam sungai dan seterusnya ke laut.
- Hidupan laut yang jangkamasa hidupnya pendek tidak mengumpul begitu banyak bahan racun dalam tisu dan lemak badannya. Tetapi ikan yang hidup lama iaitu lebih daripada 20 tahun seperti ikan yu akan mengumpul lebih bahan racun dalam tisu dan lemak badannya apabila ia memakan ikan kecil yang tercemar. Hakikatnya ikan yu adalah haiwan pemangsa teratas dalam rangkaian makanan dan spesies penting dalam ekosistem marin.
- Kepupusan ikan yu akan memulakan kesan domino yang boleh mengakibatkan kekurangan atau kepupusan ataupun pertambahan spesies marin lain dan mengubah komposisi dan kepelbagaian spesies. Ketidakseimbangan ini akan menjejaskan kebolehan kita untuk bergantung kepada lautan sebagai satu sumber makanan di masa hadapan.
- Ikan Yu atau Ikan Jerung seperti Hammerhead, Thresher Shark dan Whale Shark merupakan tarikan pelancongan yang bernilai, menarik penyelam-penyelam dari seluruh dunia untuk melihat mereka dan adalah satu sumber pendapatan kepada masyarakat tempatan. Oleh itu kita harus melindungi habitat mereka dan seterusnya melindungi juga banyak spesies yang lain serta ekosistem penting.
- The World Conservation Union mendapati bahawa 65 daripada 373 spesies ikan yu yang diketahui kini diancam.
- Permintaan untuk sup sirip ikan yu telah melambung kerana negara-negara seperti Cina, Hong Kong, Taiwan dan Singapore kini semakin kaya dan mampu membayar untuknya.
- Sirip ikan yu tidak berzat.
- Sirip ikan yu tidak ada rasa, perasa sup adalah daripada stok ayam yang digunakan untuk memasaknya.
- Pemotongan sirip ikan yu adalah proses yang amat kejam. Ikan Yu akan diangkat hidup-hidup ke atas kapal, sirip mereka dipotong dan selepas itu badan mereka dibuang balik ke laut. Ikan itu masih hidup dan akan mengambil masa yang lama untuk mati lemas dalam penuh kesakitan. Teknik ini diamalkan semata-mata untuk mejimat ruang dalam peti sejuk kapal kerana bahagian ikan yu yang paling bernilai adalah siripnya.
- Teknik penangkapan ini amat membazir dan tidak berperikemanusiaan.
- Hakikatnya adalah ikan yu yang telah wujud lebih daripada 400 juta tahun kini lebih diancam oleh aktiviti manusia yang membawa kemusnahan habitat, pencemaran, dan pemanasan global daripada kami diancam oleh ikan yu.
Bagaimana boleh anda hentikan kepupusan ikan yu?
- Katakan ‘Tak Nak’ kepada sup sirip ikan yu yang ditawarkan kepada anda dan terangkan kepada rakan dan keluarga mengapa anda bertindak demikian.
- Dapatkan komitmen daripada syarikat/organisasi anda agar tidak menghidangkan sup ikan yu di majlis makan malam atau majlis-majlis rasmi lain.
- Beri peluang kepada kakitangan anda untuk belajar mengenai ikan yu dan perkara sebenarnya di sebalik sup sirip ikan yu.
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Disember 31, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang MENGAPA ANDA PATUT KATA ‘TAK NAK’ KEPADA SUP SIRIP IKAN YU silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "