Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah berkata perkembangan kes siasatan itu dibincangkan setiap minggu oleh polis Kuala Lumpur dan Selangor.
"Polis sentiasa mencari petunjuk baru tanpa putus asa untuk menyelesaikan kes pembunuhan itu...Ia hanya menunggu masa sahaja," katanya selepas menghadiri kempen pencegahan jenayah (Rakan Cop) kawasan Jinjang anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keluhan bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil bahawa sehingga kini polis masih gagal memberi jawapan yang memuaskan dalam memberkas penjenayah yang membunuh anaknya berusia lapan tahun itu.
Ku berkata siasatan polis terhadap kes itu hanya menemui jalan buntu sekiranya ada pihak yang masih memberi maklumat yang tidak sahih.
Beliau meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mereka dalam siasatan kes itu khususnya saksi yang mungkin melihat suspek yang dikatakan membawa beg sukan mayat kanak-kanak tersebut.
Nurin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, di sini, dilaporkan hilang pada 20 Ogos lalu selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.
Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang diletakkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya dan hasil bedah siasat mendapati Nurin mati akibat didera secara seksual. - (Bernama)
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Disember 31, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Polis: Tiada Perkembangan Terbaru Dalam Siasatan Kes Bunuh Nurin silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "