/

Kerja malam punca barah payu dara, prostat

LONDON: Agensi Bagi Kajian Mengenai Barah, satu daripada agensi di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memasukkan kerja syif malam sebagai salah satu faktor kemungkinan yang menyebabkan penyakit barah payu dara dan barah prostat, bulan depan.

Jika kajian saintis mengenai risiko bekerja syif malam terbukti benar, ia dijangka menjejaskan berpuluh juta penduduk dunia berikutan kira-kira 20 peratus pekerja di negara maju bekerja syif malam.

Walaupun bukti yang ada belum dapat disahkan sepenuhnya, beberapa penemuan mendapati wujud kaitan antara bekerja waktu malam dengan risiko peningkatan penyakit barah.

Saintis mendapati bekerja malam mengancam kesihatan kerana ia mengganggu pengaliran darah, biologi masa, menjejaskan waktu tidur dan menyebabkan insomnia. Hormon melatonin yang membantu menghalang pengembangan ketumbuhan biasanya dikeluarkan pada sebelah malam.

"Pekerja syif malam berusaha seolah-olah mereka bekerja pada waktu siang dengan berjaga. Tidur yang tidak sempurna melemahkan sistem imunisasi menyebabkan tubuh tidak berupaya menentang sel barah," kata Mark Rea, pengarah Pusat Kajian Cahaya di Institut Politeknik Rensselaer yang beribu pejabat di New York.

Beliau berkata pendedahan kepada cahaya lampu yang terang pada waktu malam menjejaskan pengeluaran hormon melatonin, secara tidak langsung menyebabkan risiko barah meningkat.

"Bekerja pada waktu malam turut menyebabkan kekeliruan kepada sistem semula jadi tubuh dan menyebabkan ia gagal berfungsi dengan baik," katanya.

Rea menasihati mereka yang bekerja pada waktu malam dan pulang pada waktu pagi agar tidur di bilik gelap selepas habis bekerja sebagai satu kaedah mengimbangi perbezaan masa. - AP


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Disember 01, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog