2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Alah hamil kurang risiko barah

NEW YORK: Keadaannya memang tidak selesa tetapi bakal ibu yang alah ketika hamil disifatkan beruntung kerana ia menunjukkan mereka berisiko rendah menghidap barah payu dara di kemudian hari.

Penyelidik Amerika Syarikat menjalankan kajian dan mendapati wanita yang loya ketika hamil 30 peratus kurang berisiko menghidap barah payu dara pada kemudian hari hidup mereka berbanding wanita yang tidak mengalami keadaan itu langsung.

"Walaupun mekanisme sebenar bertanggungjawab menyebabkan loya dan muntah ketika hamil masih belum ditemui, ia berkemungkinan hasil perubahan paras pengeluaran hormon ovari dan uri, yang mungkin termasuk putaran tinggi paras gonadotrofin korionik manusia.

"Hormon ini mempengaruhi beberapa aktiviti yang mempunyai kesan perlindungan terhadap sel barah," kata laporan ScienceDaily, memetik ketua penyelidik, David Jaworowicz, dari Universiti Buffalo sebagai berkata.

Malah, penyelidik membuat rumusan selepas menganalisis data daripada kajian kes kawalan barah payu dara berdasarkan penduduk yang dijalankan ke atas sekumpulan wanita berusia antara 35 dan 79 tahun di dua bandar raya di Amerika antara tahun 1996 dan 2001.

Penyelidik membandingkan data mengenai keadaan berkaitan kehamilan dari 1,001 wanita dengan sejarah payu dara dan 1,917 wanita tanpa penyakit itu dipadankan dengan kes dari segi umur dan kaum yang sebenarnya bertindak sebagai kawalan.

Mereka mendapati risiko rendah menghidap barah payu dara dikaitkan dengan loya dan muntah, dan bukti lebih kukuh kerana gejala itu menjadi semakin teruk atau kekal lebih lama ketika kehamilan. - Agensi


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Disember 01, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog