2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 4 April 2025   
@ 6 Syawal 1446H / 2:10 PM

17Rabu,Oktober

Letupan kuat jejas fungsi otak: Pakar

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

KUALA LUMPUR: Bunyi letupan mercun yang kuat serta serpihannya yang beracun boleh menjejaskan deria pendengaran dan penglihatan, selain menjejaskan fungsi otak kanak-kanak.

Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara, Dr Mastura Badzis, berkata deria kanak-kanak tidak kuat berbanding orang dewasa dan kerosakan yang melampau akan menyebabkan mangsa letupan mercun menjadi koma.

"Malah, racun dalam mercun amat merbahaya kepada kanak-kanak kerana serpihan yang masuk melalui deria kanak-kanak seperti mata atau telinga boleh menjejaskan fungsi otak kanak-kanak sehingga menjadi koma," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Beliau mengulas kejadian seorang kanak-kanak empat tahun di Jalan Kuala Kedah, Alor Star, Ahad lalu yang koma selepas mengalami gegaran akibat letupan mercun dipercayai buatan sendiri yang serpihannya turut mengenai mukanya.

Kejadian berlaku ketika Mohd Firdaus Zahari, bersama ibunya berada di atas motosikal yang ditunggang bapanya, menyebabkan mangsa mengalami pendarahan serius pada otak dipercayai berpunca daripada gegaran akibat letupan terbabit.

Dr Mastura berkata, kejadian yang menimpa Mohd Firdaus mungkin berpunca akibat derianya terkejut apabila menerima kesan bunyi yang kuat, selain gegaran kuat pada otak.

"Deria kanak-kanak mudah rosak berbanding orang dewasa terutama apabila deria sensitif seperti pendengaran dan penglihatan mengalami kecederaan.

"Gegaran otak boleh berlaku bukan saja melalui bunyi yang kuat, malah di dalam buaian sekali pun apabila bayi di dalamnya dihayun dengan kuat.

"Walaupun bayi gemar didodoikan dalam buaian, jika tidak berhati-hati kecederaan otak boleh berlaku," katanya.

Sementara itu, Pakar Bedah Neurosurgeri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr P Sanmugarajah, berkata deria pendengaran atau otak kanak-kanak tidak akan terjejas hanya disebabkan bunyi bising.

"Sebaliknya bunyi letupan, hentakan atau dentuman kuat memberi kesan kepada deria kanak-kanak kerana ia boleh menggegarkan otak sehingga mangsa menjadi koma serta seterusnya menyebabkan kematian," katanya.

Beliau berkata, ada beberapa kes kanak-kanak mengalami gegaran otak selepas mendengar letupan kuat dari jarak dekat sehingga menjejaskan fungsi otak.




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Oktober 17, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog