/

Krisis rumah tangga undang sakit jantung

Kajian Barat kaitkan sikap pendam rasa, tekanan jejas kesihatan

CHICAGO: Sekumpulan penyelidik Barat mendakwa krisis rumah tangga atau perhubungan peribadi yang goyah bukan setakat menjejaskan kesihatan, tetapi boleh meningkatkan risiko sakit jantung.

Kajian ke atas 9,011 pekerja Britain yang kebanyakannya sudah berkahwin, mendapati mereka yang berdepan perhubungan yang bermasalah adalah 34 peratus lebih berisiko mengalami sakit jantung atau penyakit berkaitan sepanjang 12 tahun tempoh susulan yang dibuat.

Masalah perhubungan itu membabitkan suami isteri, kekasih selain hubungan renggang dengan saudara mara dan sahabat.

Kajian yang disiarkan edisi terbaru Archives of Internal Medicine, menyusuli kajian lampau yang mengaitkan masalah kesihatan dengan mereka yang masih bujang atau hidup menyendiri dan tidak suka bersosial.

Namun dalam kajian terbaru, penyelidik lebih bertumpu kepada kualiti hubungan perkahwinan dan kepentingan persahabatan dan hubungan mesra responden dengan mereka di sekeliling.

"Kajian kami menunjukkan perkahwinan itu secara umumnya memang baik, tetapi awasilah pasangan yang macam mana menjadi pilihan anda. Ini kerana, pada kesudahannya, pasangan yang baik menentukan sejauh mana kualiti perkahwinan dan keadaan diri anda sendiri," tegas penyelidik Universiti London, Roberto De Vogli.

De Vogli berkata pasukan penyelidikannya turut membuat ujian susulan jika responden yang berdepan perhubungan bermasalah turut mempunyai sejarah tekanan yang boleh menyumbang masalah jantung yang dihadapi selain paras hormon masing-masing.

Responden ditanya soalan bagi mengukur sejauh mana kesan perhubungan itu ke atas diri mereka. Responden juga diminta menyenaraikan individu yang mereka anggap memberi banyak masalah dan kesusahan.

Sementara itu satu kajian lain yang turut meneliti kualiti perhubungan, bagaimanapun membabitkan kesan berbeza. Ia tidak menunjukkan kaitan antara masalah perkahwinan secara umumnya dengan risiko sakit jantung atau punca kematian lebih awal.

Tetapi kajian susulan 10 tahunnya mendapat, wanita yang lebih bersikap berdiam diri ketika bertengkar dengan suami, lebih berisiko mati awal berbanding isteri yang mencurahkan isi hati sebenar kepada si suami. - Agensi




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Oktober 17, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog