Gabenor kedua-dua wilayah di Selat Sunda dan sebuah firma kejuruteraan tempatan bersetuju menjalankan kajian terhadap jambatan terbabit yang bakal menjadi jambatan terpanjang di dunia, lapor The Jakarta Post dan media lain.
The Jakarta Post melaporkan bahawa Gabenor Banten dan Lampung kelmarin bersetuju untuk membina jambatan yang akan menghubungkan Pelabuhan Merak di bahagian barat Jawa dan Pelabuhan Bakauheni di Selatan Sumatera.
Satu memorandum persefahaman ditandatangani antara Gabenor Banten, Ratu Atut Chosiah, Gabenor Lampung Sjachroedin Z.P dan wakil konsortium yang akan membina jambatan terbabit, Wiratman Wangsadinata dari Wiratman and Associates dan Tomy Winata, pemilik PT Artha Graha Network.
Gabenor Sjachroedin berkata, jambatan terbabit diharapkan mampu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di lintasan feri Merak-Bakauheni.
"Jumlah kenderaan yang melintasi dari pelabuhan ke pelabuhan semakin bertambah setiap hari menjadikan punca kesesakan lalu lintas di kedua-dua pelabuhan," katanya dalam majlis tandatangan Tunas Wisesa 03 berhampiran pulau Sangiang yang terletak antara pelabuhan Merak dan Bakauheni.
Jambatan gantung itu dijangka menelan belanja AS$10 bilion (RM34 bilion) dan akan mempunyai enam lorong untuk kenderaan dan dua trek kereta api. Ia akan dibina setinggi 70 meter dari aras laut dan sepanjang 30 kilometer yang akan turut melalui tiga pulau kecil iaitu Prajurit, Ular dan Sangiang.
Konsep jambatan berkenaan pertama kali dicetuskan pada 1960-an tetapi terpaksa digugurkan berikutan perubahan pemimpin politik. Ketika BJ Habibie menjadi Menteri Teknologi dan Penyelidikan pada 1980-an, idea berkenaan sekali lagi kedengaran tetapi tidak dapat dilaksanakan berikutan krisis ekonomi pada 1997.
Pembinaan jambatan terbabit akan membabitkan empat fasa penting iaitu hidrologi, oceanografi, geologi, seismologi, klimatologi dan aspek alam sekitar berikutan kedudukan Selat Sunda yang sering dilanda gempa bumi dan tsunami.
Jambatan yang dijangka memulakan pembinaan pada 2012 terletak kira-kira 50 kilometer dari gunung berapi Krakatau yang masih aktif akan dibina dengan bahan yang tahan gempa bumi dan angin kuat.
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan laporan itu.
Jawa dan Sumatera menempatkan lebih separuh daripada 220 juta penduduk dan bandar raya terbesar di negara itu. Kini 350,000 penduduk dan 25,000 kenderaan melalui selat terbabit setiap hari menggunakan feri, lapor The Jakarta Post. - AP/Agensi
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Jumaat, Oktober 05, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Jambatan hubung Jawa, Sumatera silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "