2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 8:23 AM

5Jumaat,Oktober

Cili jadi ubat tahan sakit baru baru

LONDON: Cili yang sering ditemui di dapur sebagai rencah masakan, kini bakal memenuhi klinik pergigian dan dewan pembedahan utama berikutan kejayaan saintis menjadikannya sebagai ubat penahan kesakitan baru.

Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, saintis Fakulti Perubatan Universiti Harvard dan Hospital Besar Massachusetts di Boston, Amerika Syarikat mendakwa sejenis bahan kimia dalam cili yang mengeluarkan rasa pedas sebaliknya dapat diproses sebagai anestetik - ubat yang dapat menghilangkan kesakitan tanpa rasa kebas.

Ubat penahan sakit sedemikian mempunyai pelbagai manfaat daripada aspek meredakan trauma sakit bersalin serta memastikan kunjungan ke klinik gigi lebih mudah.

Ubat penahan sakit berasaskan cili itu juga akan dapat mengatasi masalah kronik seperti kegatalan akibat penyakit kulit.

"Kami sememangnya yakin kaedah baru itu dapat digunakan manusia dan mengubah pengalaman orang ramai menerusi kaedah perubatan daripada pembedahan lutut sehinggalah kepada mencabut gigi. Kaedah ini dapat mengubah sepenuhnya prosedur pembedahan dan tempoh selepas itu yang memberi peluang kepada pesakit untuk terus sedar tanpa sebarang kesakitan," kata Profesor Clifford Woolf, penyelidik Harvard yang terbabit.

"Ia mampu dihasilkan dengan menggabungkan bahan kimia cili, Capsaicin dan sejenis bahan kimia yang banyak digunakan dalam anestetik, lidocaine yang unik dan ia dapat menumpulkan kesakitan tanpa menjejaskan pergerakan atau sentuhan," kata Dr Story Landis, pegawai Institut Kebangsaan Masalah Saraf dan Angin Ahmar Amerika yang membiayai kajian berkenaan.

"Ia menepati konsep sains menghapuskan kesakitan tanpa perlu menjejaskan pemikiran, kesedaran, koordinasi pergerakan serta fungsi penting sistem saraf. Malah, ubat ini menjanjikan pencapaian bermakna bagi perubatan masa depan bagi berjuta-juta penduduk yang mengalami masalah kesakitan kronik," katanya. - Agensi




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, Oktober 05, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog