2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 12:18 PM

9Selasa,Oktober

Anak bulan diramal Sabtu

Turki sambut Hari Raya Jumaat, Pakista rai Aidilfitri Ahad

KAHERAH: Umat Islam di seluruh dunia akan meraikan Aidilfitri sama ada pada Jumaat, Sabtu atau Ahad.

Di Mesir, Institut Penyelidikan Astronomi Kebangsaan berkata, pengiraan astronomi menunjukkan 1 Syawal jatuh pada Sabtu bersamaan 13 Oktober.

Projek Pemantauan Anak Bulan Abu Dhabi turut mengumumkan 12 Oktober hari terakhir Ramadan.

Aidilfitri juga akan bermula Sabtu di Bahrain, Sudan dan Emiriah Arab Bersatu, menurut pengiraan astronomi yang diumumkan oleh pakar kaji cuaca dan profesor astronomi universiti berpengaruh di negara terbabit.

Umat Islam di Eropah juga meraikan Aidilfitri pada hari Sabtu.

"Menurut pengiraan astronomi, Jumaat bersamaan 12 Oktober adalah hari terakhir Ramadan dan Aidilfitri disambut keesokannya, Sabtu, 13 Oktober," kata Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR).

Sementara Persatuan Islam Amerika Utara mengumumkan: "Umat Islam di Amerika Utara akan menyambut Aidilfitri pada 13 Oktober. Ramadan tahun ini cuma 29 hari. Oleh itu, hari raya pertama jatuh pada 13 Oktober."

Pengiraan, bagaimanapun berbeza di beberapa negara.

"Berdasarkan pengiraan astronomi, 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, 12 Oktober," menurut Pusat Sains Angkasa Lepas Libya.

Pakar kaji cuaca di Arab Saudi dan Algeria turut menjangkakan Aidilfitri disambut pada hari Jumaat, menurut pengiraan astronomi.

Sementara Pihak Berkuasa Hal Ehwal Agama Turki mengumumkan 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat manakala di Pakistan, Aidilfitri jatuh pada hari Ahad, 14 Oktober.

"Pengiraan astronomi menunjukkan sukar melihat anak bulan Syawal pada petang 12 Oktober 2007 di seluruh negara. Oleh itu, 1 Syawal diraikan pada hari Ahad di Pakistan," kata Jabatan Kaji Cuaca Pakistan.

Bagaimanapun, kebanyakan negara akan melihat anak bulan Syawal pada malam Khamis bersamaan 11 Oktober 2007. Proses melihat anak bulan selalu mencetuskan kontroversi di kalangan negara Islam malah ulama sendiri sering berselisih pendapat mengenai isu itu. - Agensi





: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Selasa, Oktober 09, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog