2+4 hrs...Twogether Fourever

Isnin : 17 Mac 2025   
@ 18 Ramadan 1446H / 11:10 PM

9Selasa,Oktober

Sejarah pendudukan Yahudi di Palestin

Fasa 1: 1880 - 1917

Pada tahun 1897, ditubuhkan World Zionis Organization (pertubuhan yahudi sedunia) dan congress pertama diadakan di Swiss pda 27-29 Ogos 1897. British dikempen supaya menyokong pertubuhan tersebut. Sebelum WW1 (1914-1918), kerajaan Uthamniyyah melarang orang yahudi beli tanah di Palestin tapi larangan tersebut ditarik balik selepas itu.

Semasa WW1, British telah buat perjanjian dengan 3 pihak. perjanjian dengan France dan Russia tentang pembahagian kawasan kemenangan (kalau mereka menang), perjanjian dengan Raja Hussin supaya tolong lemahkan kerajaan Uthmaniyyah melalui semangat nasionalisme (kalau berjaya, bagi palestin) dan terakhir dengan Zionis yang ketika itu menguasai Amerika. tujuannya adalah agar dapat melobi Amerika menyertai pasukan British dalam perang dan sebagai balasaan, akan diberikan Palestin kepada mereka. Ini dinamakan 'Belfa' declaration.

Fasa 2: 1917-1948

Semenanjung Palestin dikenali sebagai trans Jordan ketika itu. Pada tahun 1924, kerajaan Uthmaniyyah tumbang (pertama kali dalam sejarah umat islam tak ada sistem khalifah). Liga Bangsa-Bangsa (belum ada PBB) disuruh menerima 'Belfa declaration' anatar British dengan Yahudi. Pada 24 Julai 1922, declaration itu diterima dan yahudi masuk palestin semakin ramai. High commisioner British di palestin adalah orang yahudi. Tekanan seperti cukai tanah yang tinggi dikenakan kepada orang penduduk palestin supaya mereka jual tanah mereka. Pada waktu ini, Jihad Palestin mula ditubuhkan.

Bermula tahun 1929, umat islam di sana mula bertempur dengan pihak British. Fatwa haram menjual tanah kepada yahudi dikeluarkan tahun 1935. Sepanajang tahun 1929-1939, banyak pertempuran berlaku tetapi gagal. British keluarkan kertas putih yang menyatakan kerajan Palestin akan ditubuhkan pada 10 tahun lagi (which is 1949), yang diperintah oleh Arab dan yahudi.

Tahun 1944, cuma ada 75000 orang yahudi di Palestin dan British berjanji bahawa tak akan ada lagi orang yahudi yang akan masuk ke palestin kecuali dengan izin orang arab di situ. Orang arab suka hati sebab kerajaan nanti mestilah akan dapat dikuasai.

Selepas WW2, tahun 1947, British membincangkan isu palestin di PBB. Resolusi 181 PBB menyatakan yang PBB bercadang bahagikan Palestin kepada dua, 55% daripada kawasan diberi kepada yahudi (yang cuma 33% daripa population) dan selebihnya kepada Arab. Walaupun ternyata pembahagian tidak ikut logic, yahudi masih tak puas hati dan inginkan lebih banyak penguasaan. Ikhwanul Muslimin mula masuk berperang di palestin ketika ini. Pada 14 mei 1948, Israel diisytiharkan sebagai negara dan Arab diusir beramai ramai.

Fasa 3: 1949 - 1967

Yahudi meluaskan penguasaan, berjaya menguasai seluruh Palestin, semenanjung sinai dan Golan. Mereka merancang untuk menubuhkan Israel Kubra (the great Israel) yang meliputi kawasan ini termasuk Iraq dan Madinah kerana mereka pernah menetap di sana. Yaser Arafat menubuhkan Al-Fatah, satu gerakan revolusi untuk menentang Yahudi pada tahun 1957. PLO ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggap mewakili org palestin.

Fasa 4: 1967 - 1987

PBB mengeluarkan resolusi 3236 pada tahun 1975 yang menyatakan hak orang Palestin menubuhkan negara di Palestin. tahun 1967-1970, perang berlaku antara kawasan East palestin dengan israel, dan israel kalah teruk. perang tu dinamakan 'Peperangan Karamah'. Tahun 1987, PLO yang diketuai oleh yaser arafat tukar cara, daripada arm struggle kepada negotiation.

Camp David adalah perjanjian antara Mesir dan Israel pada tahun 1978. Israel bersetuju keluar dari Palestin, dengan syarat Israel diiktiraf. waktu tu, semangat orang arab JATUH teruk. Tahun 1987, HAMAS ditubuhkan (sekarang, HAMAS berada dalam list terrorism). Hamas ditakuti oleh orang yahudi kerana penyertaannya adalah dari golongan pelajar dan profesional.

Fasa 5: 1987 - 2000

Perang teluk menyebabkan bantuan negara negara Arab kepada pejuang di palestin dihentikan. maka perjuangan di palestin tak ada support dari segi kewangan terutamanya.

Tahun 1993, ada perjanjian damai OSLO di mana PLO (yaser Arafat) diberi peluang memerintah Gaza dan Jericho. Adakah ni petanda yang bagus? bagi orang Yahudi, mereka tidak memerlukan tempat tersebut kerana bagi mereka, tempat tempat tersebut adalah celaka. Arafat pula cuma mentadbir 5 perkara iaitu kesihatan, pendidikan, specail affair (perkahwinan dan sebagainya), cukai dan pelancongan. Urusan lain diuruskan oleh israel.

Kerajaan Arafat tak boleh ada senjata kecuali polis supaya dapat perangi keganasan. HAMAS jadi serba salah sebab nak serang israel, tapi takut berlawan dengan orang Islam sendiri. Satu perumpamaan, kita ada sebuah rumah yang cantik. lepas tu orang datang, masuk rumah kita dan usir kita keluar. lepas itu buat perjanjian dengan kita, OK, kita boleh duduk tapi kat kawasan sampah sahaja. dan kalau ada orang nak ceroboh rumah, kita kena tangkap orang itu.

Pada 18 Mei 1994, Palestenian Authority (bukan government) ditubuhkan. Kerajaan baru ini diiktiraf oleh certain countries tapi tidak diiktiraf oleh negara negara seperti US, UK. Semasa pentadbiran Clinton dulu, 4 kementerian diketuai oleh Yahudi... antaranya Finance, Luar Negara (Albright), Defence. daripada 11 orang senat, 7 orang adalah Yahudi. Director of CIA sekarang adalah Yahudi.

Fasa 6: 2000 - sekarang

Pada 28/9/2000, Sharon bercadang untuk menziarahi Al-Aqsa. Maka berlakulah Intifadah yang ke-2. Ini membawa sinar baru dalam perjuangan menentang yahudi. Dulu, penentangan adalah atas dasar semangat kebangsaan Arab, sekarang atas nama agama. kalau dulu 25 orang yahudi mati, barulah 1 palestin meninggal.. sekarang, 3 orang palestin sama dengan 1 yahudi.

Al-Quds :-

Di dalam Al-Quds terdapat Masjid Al-Aqsa, Dome of Rock, Masjid Umar dan Gereja Kiamat. Orang kristian percaya yang Nabi Isa dikebumikan di gereja kiamat ni. Pemegang kunci bagi gereja kiamat ni adalah orang islam daripda keluarga Nusaibah (hingga ke hari ini). terdapat 4 tembok keliling kota ni. Satu tembok dibina oleh kaum Kan-An (puak pertama), Nabi Sulaiman, Raja herdos dan satu lagi Kerajaan Uthmaniyyah. Terdapat 8 pintu untuk masuki kota ni.

Semasa Israk dan Mikraj, Rasulullah mengikat Buroq di salah satu tembok tersebut. Kalau kita tengok dalam TV, Yahudi ada upacara dia di satu tembok ini.. itulah tembok yang dimaksudkan. di bawah tembok tersebut, orang Yahudi gali lubang beralasan nak cari Haikal Sulaiman dulu....

Jadi, apa peranan kita sebagai umat Islam? Kita kena sedar yang perjanjian terbukti tidak membuahkan sebarang hasil. Yahudi berkali kali langgar perjanjian dan tak buat apa yang dijanjikan. Yang pertama sekali adalah dengan doa kita untuk Palestin, beri sumbangan sekadar termampu, boikot barangan yang terlibat dengan Israel dan akhir sekali, menggabungkan diri kita dalam kelompok gerakan Islam bagi mengembalikan semula Tanah Al-Quds harta milik orang Islam seluruh dunia!

Al-Hamra' : Bumi Palestin bumi orang Islam seluruhnya, setiap inci dan saat apa yang berlaku di sana menjadi tanggungjawab kita semua!!!




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Selasa, Oktober 09, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog