/

"Tuchuk Tonik" Semulajadi Dari Perut Bumi Ba'kalalan

Oleh Amrizan Madian

BA'KALALAN (LIMBANG) - Mendapatkan 100 gm garam mungkin mudah bagi sesetengah rakyat di Malaysia. Mereka cuma perlu sediakan duit dan membelinya di mana-mana kedai runcit mahupun pasar raya.

Tetapi bagi masyarakat di Ba'kalalan, untuk mendapatkan 100 gm garam mereka perlu menggali telaga sedalam 3.0 hingga 16.0 meter.

Bukan kerana tidak mampu untuk membeli atau tiada pilihan kerana tinggal jauh di pedalaman, masyarakat Lun Bawang yang kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman Bahagian Limbang, Sarawak, percaya garam asli yang dikenali sebagai "Tuchuk Lun Bawang" mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Ateng Labo, 50, dari Kampung Buduk Nur, Ba'Kalalan berkata Tuchuk merupakan garam yang sihat untuk dimakan khasnya untuk menguatkan bahagian lutut dan telahpun diamalkan oleh masyarakat Lun Bawang sejak 100 tahun lalu.

"Tuchuk bukan garam biasa, ia penuh dengan khasiat dan mampu untuk memberi tenaga yang luar biasa kepada kita terutama bila banyak bekerja ataupun berjalan jauh di dalam hutan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

SEMPADAN SARAWAK KALIMANTAN

Katanya, kerja mencari Tuchuk masih lagi dilakukan oleh masyarakat Lun Bawang di kawasan Ba'Kalalan khasnya di kawasan Sungai Kunap dan Sungai Muda yang terletak berhampiran sempadan Sarawak Kalimantan.

Ateng berkata kerja mencari Tuchuk bermula dengan menggali kawasan mata air di sekitar Sungai Kunap dan Sungai Muda yang dibuat secara gotong royong oleh penduduk kampung.

Katanya air dari telaga yang telah digali akan dibawa balik ke kawasan kampung untuk dimasak menggunakan dua kawah yang besar.

Menurut Ateng satu kawah khas untuk air garam yang masih cair manakala satu lagi kawah digunakan untuk mengeringkan garam yang sudah separuh keras.

"Air garam ini akan kita masak menggunakan dua buah kawah besar selama 10 jam hingga ia kering dan menghasilkan garam," katanya.

Menurut Ateng, biasanya kerja untuk memasak air garam tersebut tidak menjadi masalah, kerana ia dilakukan secara gotong-royong, namun apa yang paling utama ialah bekalan kayu untuk dijadikan sebagai bahan api untuk memasak.

DAUN ILAT

Ateng berkata garam yang telah dihasilkan akan dibungkus menggunakan daun ilat ataupun buluh dan ia mampu untuk bertahan lama jika disimpan di tempat yang kering dan sejuk.

"Biasanya garam ini kita keraskan dan simpan dalam daun ilat dan diikat dengan sempurna agar ia tahan lebih lama," katanya.

Seperti menggunakan garam biasa, Tuchuk boleh dicampur sebagai perasa untuk semua jenis masakan iaitu dengan mengikis garam yang telah keras sedikit demi sedikit, kata Ateng.

Katanya, selain dalam bentuk yang pejal terdapat juga Tuchuk yang berbentuk serbuk agar lebih mudah digunakan selain untuk tujuan komersil iaitu dengan membungkusnya dalam bungkusan plastik.

Menurutnya Tuchuk kini bukan sahaja digunakan oleh masyarakat Lun Bawang malah ia turut mendapat perhatian masyarakat kaum lain khasnya masyarakat Cina untuk tujuan perubatan.

KHASIAT TUCHUK

Rahsia khasiat Tuchuk kini semakin tersebar luas di kalangan masyarakat luar Ba'Kalalan apabila ia dipasarkan secara komersil sejak beberapa tahun lalu.

Penjual Tuchuk di pekan Limbang, Evelyn Padan, 19, berkata permintaan untuk Tuchuk semakin meningkat khasnya di kalangan masyarakat luar seperti dari negara jiran Brunei dan Sabah.

"Garam organik ini memang mendapat permintaan yang tinggi oleh masyarakat luar Limbang khasnya garam yang dibungkus menggunakan ilat dan dijual pada harga sekitar RM10 hingga RM30 sebungkus bergantung kepada berat," katanya.

Katanya selain dijual di Limbang, Tuchuk juga dijual di Kuching dan pernah dipamerkan di beberapa pameran di peringkat nasional di Kuala Lumpur. - BERNAMA
try , Rabu, Ogos 08, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog