Kajian itu menunjukkan bahawa walaupun kos di republik ini masih rendah berbanding dengan beberapa bandar raya lain seperti Tokyo, Hong Kong dan Taipei, kos sara hidup di negara kepulauan ini sangat cepat meningkat untuk hampir menyamai bandar raya yang lain itu.
* Dolar yang lebih kukuh bermakna kos sara hidup bagi pegawai asing meningkat dengan lebih cepat di Singapura berbanding dengan sejumlah lokasi lain di rantau ini.
* Singapura mengekalkan kedudukannya sebagai bandar raya kesembilan paling mahal di Asia untuk didiami daripada 41 lokasi di Asia yang termasuk dalam kajian itu dan menduduki tempat ke-135 di dunia.
* Bagaimanapun, daripada 10 lokasi paling mahal di Asia untuk pegawai asing, hanya Beijing dan Shanghai mengalami peningkatan yang lebih besar daripada segi kos sara hidup daripada Singapura dalam tempoh enam bulan yang lalu.
* "Kombinasi mata wang yang lemah dan kadar inflasi yang rendah di sejumlah lokasi yang sebelum ini juga dianggap mahal - terutama Seoul, Tokyo, Yokohama, Kobe, Hong Kong dan Taipei - bermakna perbezaan kos sara hidup antara Singapura dan banyak lagi jiran-jirannya semakin mengecil," kata Lee Quane, pengurus besar ECA International, Hong Kong.
* Kos sara hidup di Singapura dianggarkan kira-kira 20 % lebih rendah daripada di Hong Kong lima tahun lalu tetapi perbezaannya kini cuma 10 %, kata ECA International. Sama juga, barang keperluan harian dan perkhidmatan di Taipei kini hanya 8 % lebih mahal berbanding barang-barang serupa di Singapura, berbanding 16 % pada 2003.
* Tempat penginapan pula juga menunjukkan bahawa kos sewa apartmen di Singapura telah meningkat secara purata sebanyak lebih 10 % dalam tempoh enam bulan yang lalu, terutamanya disebabkan oleh peningkatan ekonomi dan jumlah pegawai asing yang semakin banyak di bandar raya ini.
"Walaupun peningkatan seumpama itu tidak menghalang syarikat-syarikat untuk menukarkan kakitangan mereka ke Singapura, namun kelebihan kos yang dinikmati oleh Singapura sebelum ini berbanding para pesaingnya kini mulai terhakis," kata Quane. - BERNAMA
Rabu, Ogos 08, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kos naik: Singapura mungkin gagal tarik pegawai asing silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "