2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 11:35 AM

12Khamis,Julai

Pakar Amerika gesa kaji hidupan pelik

NEW YORK: Satu jawatankuasa saintis Amerika Syarikat berkata, pihak yang cuba memburu makhluk asing atau UFO juga harus berusaha mengesan aspek apa disifatkan sebagai hidupan pelik lain.

Akhbar The Telegraph melaporkan kelmarin, bulan terbesar planet Saturn boleh dipanggil sebagai sumber kehidupan pelik lain.

Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika (Nasa) memilih planet dan bulan yang didapati mempunyai sumber air sebagai sasaran misi penerokaannya.

Namun, mengikut saintis yang menulis laporan bagi Majlis Penyelidikan Kebangsaan di Amerika, bahan kimia lain seperti amonia dan metana turut menyokong kehidupan.

“Hasil siasatan jawatankuasa itu jelas menunjukkan yang kehidupan sememangnya boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan berbeza daripada apa yang ada di bumi ini,” kata kumpulan saintis dalam kajian bertajuk Limits of Organic Life in Planetary Systems (Batasan Kehidupan Organik dalam Sistem Planet).

“Masih banyak mengenai bumi dan kehidupannya yang belum kita fahami,” kata John Baross, penyelidik Universiti Washington yang mengetuai jawatankuasa berkenaan.

Saintis itu menyifatkan apa digelar sebagai ‘hidupan pelik’ atau organisme yang kekurangan DNA dan molekul lain ditemui di bumi dan tempat lain.

Sebagai contoh, fakta DNA menggunakan fosforus sebagai asas tulang belakangnya juga membolehkan kemungkinan mewujudkan tulang belakang daripada arsenik.

Kemungkinan itu menyebabkan saintis menyenaraikan Titan, salah satu bulan Saturn, disenaraikan antara lokasi sesuai menemui hidupan pelik berkenaan.

“Sehubungan itu, sewajarnya Nasa mengadakan misi penerokaan mengesan hidupan berkenaan. Ia pasti membantu kita melakukan usaha penerokaan dengan lebih menyeluruh lagi,” kata saintis kanan Program Penerokaan Marikh Nasa, Michael Meyer. - Agensi

try , Khamis, Julai 12, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog