/

Sendawa lembu antara punca pemanasan global

Saintis cari alternatif kurangkan pelepasan gas rumah hijau

LONDON: Di sebalik usaha bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, menganjurkan konsert Live Earth untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemanasan global, saintis menemui cara jauh lebih mudah dan murah bagi tujuan sama iaitu membuatkan lembu kurang sendawa.

Menggunakan kaedah moden tanaman ternakan untuk mencari diet baru lembu bagi mengurangkan haiwan itu sendawa adalah cara mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang meningkatkan pemanasan global, kata saintis.

Keutamaannya ialah mencipta pelbagai makanan baru yang mudah dihadam oleh haiwan berkenaan dan juga membekalkan keseimbangan sempurna serat, protein dan gula,” kata saintis di Institut Penyelidikan Padang Rumput dan Alam Sekitar beribu pejabat di United Kingdom, Michael Abberton.

Ia mungkin membuka penyelesaian berasaskan tanaman sebagai alternatif kepada mengurangkan bekalan ketika penternak mencari jalan untuk mengurangkan pelepasan gas metana di tengah-tengah suhu panas, katanya dalam taklimat mengenai penternakan dan perubahan suhu di Pusat Sains Media di London.

Dia menyatakan secara purata sendawa lembu tenusu mengeluarkan 100 hingga 200 liter gas metana setiap hari, menjadikan perubahan cara pemakanan sebagai faktor kunci utama dalam mengurangkan gas rumah hijau.

Terdapat salah faham biasa mengenai bagaimana gas metana terlepas ke atmosfera. Ia sebenarnya menerusi sendawa,” katanya.

Pertanian bertanggungjawab ke atas kira-kira tujuh peratus daripada pelepasan gas rumah hijau Britain. Gas rumah hijau secara meluas dipersalahkan kerana menyebabkan pemanasan global.

Saintis berkata, suhu purata akan meningkat antara dua dan enam darjah Celsius menjelang akhir abad ini, menyebabkan kemarau, banjir dan ribut ganas.

Abberton berkata, memperkenalkan kekacang mudah dihadam yang cenderung mengurangkan pelepasan gas metana ialah contoh pendekatan yang mula hendak diteroka saintis.

Kebolehan penternak menyeimbangkan pengambilan kekacang oleh lembu dengan makanan lain dan memberikannya spesies rumput lain yang lebih mudah dihadam boleh mengurangkan haiwan itu sendawa.

Apa yang saya katakan ialah terdapat cara dalam pembiakan tanaman yang dapat mengurangkan pelepasan gas,” katanya. – Reuters
try , Khamis, Julai 12, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog