Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks AlQuran Che Din Yusoh berkata pengharaman itu dibuat melalui Perintah Larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan pengharaman buku mengandungi penulisan perlakuan seksual keterlaluan dikuatkuasakan pada 31 Mei lepas manakala buku yang menyeleweng daripada ajaran Islam pada 7 Jun.
"Sekiranya penerbitanpenerbitan ini dibiarkan ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam dan seterusnya boleh memudaratkan kemoralan dan ketenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bukubuku yang diharamkan kerana mengandungi penulisan perlakuan seksual adalah "AlKafilah Siapakah Yang Dikatakan Gadis" karya Mohamd Abdul Hamid dan dua buku karya Tok Nujum iaitu "Rahsia Di Kamar & Kunci Wanita" dan "Rahsia Nombor 1 Untuk Wanita II".
Ketigat-iga buku diterbitkan oleh Usnie Publisher yang beralamat di Setapak, di sini.
Turut diharamkan ialah buku "Rahsia Kenikmatan Rumahtangga" terbitan Tabib Haji Anwar Khan Enterprise; "Masalah Seksual Lelaki & Rawatan Alternatif" terbitan Teguh Ringgit Publishing House; dan karya Jaafar Salleh dari terbitan Al-Hidayah Publisher yang merangkumi pelbagai tajuk iaitu " Pendidikan Seks Rumahtangga Kemuncak Rahsia Kebahagiaan" dan " Kasih Sayang Sejati Rahsia Menguatkan Tenaga Batin" dan " Teknik Bercumbu dan Berjimak".
Bagi penulisan yang berunsurkan penyelewengan keislaman adalah hasil karya Robert Spencer iaitu "Onward Muslim Soldier"; "Islamic Aesthetics: An Introduction" karya Oliver Leaman; "Islamic Fundamentalism Since 1945" karya Beverley Milton-Edwards; "Who Can Be Saved? And World Religons" karya Terrance L.Tiessen; dan "War, Terror & Peace In The Quran And In Islam: Insights For Military & Government Leaders" oleh T.P Schwartz-Barcott.
Selain itu tiga buah buku Inggeris yang mempunyai tajuk yang hampir sama turut diharamkan iaitu "The Qoran: Selected Suras" oleh Arthur Jeffery yang diterbitkan oleh Dover Publications di New York; "The Qur'an" oleh M.A.S Abdel Haleem diterbitkan oleh Oxford Universiti Press Ins, New York; dan "The Koran" oleh M.H Shakir, penerbitan Goodword Books.
Warta pengharaman itu dikeluarkan atas nama dua Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri aitu Datuk Mohd Johari Baharum dan Datuk Fu Ah Kiow. - BERNAMA
Jumaat, Julai 13, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Lagi 14 judul buku diharamkan KKDN silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "