Penyelidik melaporkan, kajian mendapati kanak-kanak yang terlalu gemuk seringkali dianggap rakan sebaya mereka sebagai hodoh, bodoh dan selekeh.
Menurut mereka kanak-kanak yang terlalu gemuk dipersenda, tidak diterima dan berdepan pelbagai bentuk penderaan, serta mempunyai dua hingga tiga kali kemungkinan untuk membunuh diri, selain menderita pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan masalah pemakanan.
“Penghinaan yang ditujukan kepada kanak-kanak terlalu gemuk oleh rakan mereka biasanya berlaku secara kerap dan keras,” kata penyelidik dari Universiti Yale dan Universiti Hawaii di Manatoa yang dikemukakan di dalam Psychological Bulletin edisi Julai.
Kajian dilakukan berdasarkan penilaian semula semua penyelidikan mengenai ketidakadilan berdasarkan kegemukan sejak 40 tahun lalu, kata ketua penyelidikan itu Rebecca M Puhl dari Pusat Bagi Dasar Makanan dan Kegemukan Universiti Yale.
Ia dihasilkan berikutan masalah kegemukan dikalangan kanak-kanak yang semakin meningkat. Menjelang 2010 lebih 50 peratus kanak-kanak di Utara Amerika dan 38 peratus kanak-kanak Kesatuan Eropah (EU) akan mengalami masalah kegemukan, kata penyelidik.
Walaupun program mencegah kegemukan dikalangan kanak-kanak semakin meningkat, lebih banyak usaha diperlukan untuk melindungi mereka daripada dibuli, kata Puhl.
“Kualiti hidup untuk kanak-kanak terlalu gemuk sama sukarnya dengan kehidupan kanak-kanak yang mengalami barah. Mereka mengalami tekanan daripada pelbagai pihak di dalam masyarakat,” kata Puhl merujuk kepada salah satu kajian yang dijalankan.
Malah walaupun peratus golongan terlalu gemuk semakin meningkat, pandangan negatif terhadap mereka tidak menunjukkan sebarang penurunan terutama daripada pihak media.
“Sikap pilih kasih seperti ini pula diterima di dalam masyarakat dan jarang sekali dicabar, malah ia lebih kerap dibiarkan,” katanya. – AP
Jumaat, Julai 13, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kanak-kanak gemuk cenderung bunuh diri silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "