/

Orang ramai dinasihat tidak guna atau beli ubat 'Majun Burung Unta’

PUTRAJAYA, 11 Julai 2014 - Orang ramai dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional melayu 'Majun Burung Unta' yang tidak berdaftar kerana didapati mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.
 
Label pada produk itu menyatakan ia boleh digunakan untuk lemah tenaga batin, sakit urat saraf, sakit pinggang, sakit sendi lutut, sakit jantung, penyakit semput, kelabu mata, sakit kepala, perempuan lepas bersalin, penyakit luhur, segugut dan awet muda.
 
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang digunakan untuk rawatan masalah pembengkakkan dan radang yang serius.
 
"Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisonal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma (penyakit mata).
 
Beliau berkata, penggunaannya lebih berbahaya kepada pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.
 
Justeru, orang ramai sedang menggunakan produk itu adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan profesional kesihatan.
 
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai produk itu dinasihatkan menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my.
 
Mereka yang ingin menyemak status pendaftaran sesuatu produk juga boleh menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835400 atau laman sesawang www.bpfk.gov.my. - Bernama
 
 
Unknown , Jumaat, Julai 11, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog