/

Data telefon bimbit boleh diakses semula

DATA dalam telefon menggunakan sistem pemprosesan Android masih boleh diakses kembali walaupun sebelum ini ia telah dipadam.
LONDON, 10 Julai 2014 - Satu kajian mendapati data termasuk gambar, mesej teks, e-mel telefon yang menggunakan sistem pemprosesan Android masih boleh diperolehi semula walaupun ia telah dipadam.
 
Sebuah firma keselamatan internet di Prague, Avast Software mendedahkan perkara itu selepas membeli 20 telefon terpakai di laman web jualan eBay dan berjaya mendapatkan semula data dalam telefon-telefon berkenaan.
 
Avast yang menggunakan program yang sedia ada di pasaran termasuk program pengimejan, FTK Imager dan program pengurusan aplikasi, SuperSU mendapati mereka boleh mengakses data pemilik asal telefon tersebut yang menggunakan perkhidmatan padam semua data atau 'factory reset' yang ada di dalam telefon itu.
 
Presiden Mudah Alih firma tersebut, Jude McColgan berkata, mereka boleh mendapatkan semula puluhan ribu gambar, emel, mesej teks dan pelbagai perkara lagi daripada telefon tersebut.
 
"Dalam satu contoh, kami berjaya mendapatkan mesej yang dipadamkan daripada satu perbualan di laman web Facebook dalam sebuah telefon HTC Sensation.
 
"Kami menemui semula semuanya termasuk borang pinjaman bank yang telah diisi, selain 250 gambar selfie," katanya.
 
Penemuan tersebut mendedahkan bahawa pelbagai data peribadi boleh diperolehi semula daripada sejumlah kecil telefon terpakai dan mencadangkan pemilik telefon mengambil tindakan lebih berhati-hati jika merancang menjual telefon mereka bagi menghalang data peribadi mereka diakses oleh orang lain.
 
 
Unknown , Jumaat, Julai 11, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog