2+4 hrs...Twogether Fourever

/

KL antara bandar raya paling popular

SINGAPURA, 10 Julai 2014 - Kuala Lumpur tersenarai antara 10 bandar raya paling dikunjungi pelancong antarabangsa di Asia Pasifik, demikian menurut Indeks Bandar raya Destinasi Global Mastercard.
 
Walaupun unjuran kadar pertumbuhan yang rendah sedikit pada 13.1 peratus, ibu negara Malaysia masih menduduki antara 10 destinasi terbaik di Asia Pasifik bagi pelancong antarabangsa mengikut jumlah ketibaan.
Menurut indeks berkenaan yang dikeluarkan hari ini, Asia Pasifik membaiki kedudukannya dengan lima daripada sepuluh destinasi pilihan pelancong antarabangsa, meningkat daripada empat bandar raya pada tahun lepas.
 
Kuala Lumpur menduduki tempat kelapan, juga mencatat kadar pertumbuhan kedua tertinggi dalam 'Global Top 20'.
 
Bandar raya Asia Tenggara juga menunjukkan unjuran kadar pertumbuhan yang baik dengan Jakarta dijangka berkembang sebanyak 18.8 peratus, diikuti Hanoi (15.1 peratus) dan Manila (14.3 peratus).
 
Penasihat ekonomi global MasterCard, Dr Yuwa Hedrick-Wong berkata pelancong antarabangsa dan perbelanjaan mereka merupakan kuasa transformasi berpengaruh di bandar-bandar terbabit daripada perspektif perniagaan, budaya dan sosial.
 
"Sejak 2009, kita telah melihat perjalanan rentas sempadan dan perbelanjaan yang berkaitan berkembang pada kadar yang lebih cepat daripada keluaran dalam negara kasar dunia sebenar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Indeks Destinasi Global MasterCard memberikan gambaran dan ranking 132 bandar raya paling penting di dunia dari segi jumlah ketibaan pelawat antarabangsa dan perbelanjaan merentas sempadan oleh pelawat sama di bandar raya destinasi serta memberi unjuran pertumbuhan pelawat bagi 2014. - Bernama
Unknown , Khamis, Julai 10, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog