Kuala Lumpur, 7 Julai - Umat Islam disaran mengamalkan   pemakanan sihat sepanjang Ramadan ini, iaitu dengan makanan yang manis serta   mudah hadam sebaik berbuka puasa. 
  Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham   Abdullah berkata makanan yang manis serta mudah dihadam seperti   kurma, buah-buahan atau jus dapat memberi tenaga segera kepada tubuh. 
    "Masyarakat juga dinasihatkan melewatkan waktu bersahur,   sekurang-kurangnya setengah jam sebelum imsak dengan mengambil makanan   berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti mil penuh atau oat supaya   berasa kenyang dalam tempoh masa lebih lama," katanya dalam satu kenyataan,   di sini. 
  Beliau berkata kewujudan pelbagai juadah yang tersedia sepanjang Ramadan   boleh mempengaruhi masyarakat untuk melupakan seketika amalan makan secara   sihat. 
  "Antara amalan baik yang boleh dilakukan adalah menyegerakan berbuka   puasa setelah masuk waktu Maghrib," katanya. 
  Dr Noor Hisham berkata, selain mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang   boleh membekalkan serat, elakkan daripada makan masakan pedas dan berempah yang   boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut ketika berpuasa. 
  Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak kerana kedua-dua   jenis makanan ini segera dihadam dan menyebabkan cepat berasa lapar, katanya.   
  Beliau berkata masyarakat juga dinasihatkan mengurangkan pengambilan   makanan yang mengandungi garam yang tinggi untuk mengurangkan rasa haus dan   minuman berkafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat yang boleh   mengakibatkan kehilangan air dalam badan. 
  Beliau berkata pilihlah snek yang ringkas semasa moreh, seperti sandwic,   yogurt, roti dan biskut yang dimakan bersama segelas susu dan minum air kosong   enam hingga lapan gelas sehari. 
  Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai amalan makan secara sihat, sila   layari laman sesawang bahagian pemakanan di nutrition.moh.gov.my atau portal MyHEALTH   di www.myhealth.gov.my. - Bernama
                        , 
Selasa, Julai 08, 2014
                        | 
0
komentar ::
 Blog Gadgets
Blog Gadgets

 Blog Gadgets
Blog GadgetsTerima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
 The Blog 2x5 

Anda sedang membaca artikel tentang Elak ambil makanan pedas sepanjang Ramadan  silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!











 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "