NABI Muhammad SAW bersabda: "Perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit". (Hadis Riwayat Muslim).
Sehubungan itu, sewajarnya kita mengambil berat jenis   makanan yang diambil dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, Rasulullah sebagai   teladan yang terulung dan paling agung, apa yang diamalkan Baginda seharusnya   dijadikan ikutan. Ini termasuk dalam hal pemakanan dan makan apa yang Rasulullah   makan itulah dipanggil makanan sunnah. Sebagai rasul utusan ALLAH, sudah tentu   apa yang diamalkan oleh Baginda itulah yang terbaik dan harus jadi   teladan.
  Mengenai pemakanan, ahli fiqh menyebut, "berubatlah dengan   makanan sebelum kamu berubat dengan ubat." 
  Mutakhir ini, pengambilan makanan tambahan sudah jadi   trend masyarakat hinggakan muncul pelbagai jenis produk yang kononnya mampu   menyembuhkan penyakit kronik. Tinjauan mendapati kebanyakan produk makanan   tambahan di pasaran adalah berasaskan makanan sunnah seperti madu, habbatus   sauda, kurma, delima, zaitun, kismis, zaf'aran dan buah tin. Sesungguhnya   disebut dalam al-Quran akan lapan kebaikan makanan yang jadi amalan Rasullullah   SAW. 
  Ikuti kupasan lanjut daripada laporan yang disediakan oleh Wartawan Sinar   Harian (NOOR AINULYAKIN MOHAMAD ISHAK, SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR   & ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD).
  Tidak kira di pasar raya, jualan   langsung ataupun pemasaran dalam talian, begitu banyak produk makanan tambahan   ditawarkan kepada orang ramai pada masa ini. Makanan tambahan seakan sudah jadi   budaya dalam hidup masyarakat moden. Daripada produk multi vitamin, makjun dan   jamu mahupun yang berasaskan makanan sunah, terserah kepada kecenderungan   masing-masing untuk memilih.
  Namun, dalam keghairahan masyarakat membeli makanan tambahan, mungkin ramai   yang masih tidak tahu apakah fungsi sebenar makanan jenis itu kepada   kesihatan.
  Adakah menjadi satu keperluan untuk individu mengamalkan pengambilan   makanan tambahan dalam diet seharian?
  Bersesuaian dengan perkataan 'tambahan' di belakangnya, juru   runding dan pendidik nutrisi, Dr Bahrain Samah   memberitahu, makanan tambahan bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan   keutamaan.
  Sebaliknya beliau berkata,  ia hanya diambil apabila ada keperluan   tertentu.
  "Kebiasaannya makanan tambahan diambil apabila seseorang merasakan   pemuliharaan kesihatannya tidak dapat dicapai dalam sesuatu tempoh. Makanan   tambahan juga memainkan peranan untuk mencegah dan merawat sesuatu   penyakit.
  "Selain itu, suplemen tambahan juga hanya diperlukan apabila kita   dapati kandungan tertentu dalam makanan tidak mencukupi," katanya.
  Makanan sunnah lebih baik
  Dengan pelbagai pilihan yang ada di pasaran, pasti ada   kelebihan dan perbezaan bagi setiap produk.
  Jelas Bahrain, makanan sunnah ataupun merujuk kepada makanan yang diamalkan   Rasulullah SAW tentunya memiliki kebaikan yang lebih berbanding yang lain.
  "Ini kerana ALLAH SWT telah menjelaskan khasiatnya dalam al-Quran.   Malah, makanan sunnah juga dah dibuktikan dari segi sains ada banyak kebaikan   dari pelbagai segi.
  "Sama ada makanan sunnah atau suplemen lebih baik, saya tetap katakan   makanan lebih baik sebab yang masuk dalam badan, yang kita ambil adalah dalam   bentuk natural. Suplemen seperti multi vitamin mungkin ada semua khasiat, tetapi   masih jauh berbeza dengan apa yang kita makan," katanya.
  Menurutnya dari aspek pemuliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit,   makanan sunah jika diamalkan dengan betul memang dapat membantu.
  "Contohnya macam minyak zaitun dan habbatus sauda ada fungsi tersendiri   untuk menjaga kesihatan. Yang penting ialah kita memilih jenis makanan yang   betul dan ikut keperluan," katanya.
  Bagaimanapun, beliau tetap tidak menidakkan kepentingan makanan tambahan   lain bagi tujuan pengimbangan sekiranya sesuatu kandungan dalam makanan sunnah   tidak mencukupi.
  "Misalnya jika seseorang itu memerlukan vitamin C untuk tujuan   perubatan. Kurma basah mengandungi banyak vitamin C tapi mungkin tak   cukup.
  "Jadi kita boleh mendapatkannya melalui vitamin C yang dijual di   pasaran," katanya.
  Perlu tahu kandungan makanan
  Namun, tidak ada guna jika seseorang hanya mengamalkan   makanan sunnah tanpa mengetahui kandungan nutrisi di dalamnya.
  Kalau seseorang itu faham kandungan dalam makanan dan fungsinya pada   kesihatan secara holistik sama ada melalui kajian sendiri atau pembacaan, ia   akan membuatkan pengambilan makanan tersebut lebih berkesan.
  "Misalnya setiap pagi saya amalkan makan vitamin C, suplemen zink,   garam gunung, cuka dan minyak zaitun. Sebahagiannya adalah makanan sunnah dan   saya tahu kandungan setiap jenis makanan dan caranya bekerja.
  "Oleh itu, sebagai pengguna kita perlu didik diri kita dengan membaca   atau menyertai bengkel dan sebagainya untuk meluaskan pandangan mengenai   makanan," katanya. - 8 Julai 2014 
  
                        , 
Selasa, Julai 08, 2014
                        | 
0
komentar ::
 Blog Gadgets
Blog Gadgets

 Blog Gadgets
Blog GadgetsTerima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
 The Blog 2x5 

Anda sedang membaca artikel tentang Makanan sunnah ganti vitamin?  silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!










 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "