Setem paling mahal di dunia diramal bakal mencapai harga RM64.5 juta apabila dilelong akhir bulan ini.
London, 3 Jun 2014 - Setem paling mahal di dunia dan mempunyai pelbagai kisah sejarah tersendiri mula dipamerkan sebelum dilelong lewat bulan ini. Ia adalah satu-satunya setem magenta daripada British Guiana yang masih wujud sejak 1856 dan jarang dilihat sejak kali terakhir dipamerkan kepada umum pada tahun 1986.
Sejak diperkenalkan ia pernah mencatat rekod baru dunia dan lelongan di New York pada 17 Jun bakal mencatatkan harga mencecah AS$20 juta (RM64.5 juta).
Rumah lelongan Sotheby's yang beribu pejabat di London, akan melelong setem itu dengan harga sekitar AS$10 juta (RM30.25 juta dan AS$20 juta.
Setem unik itu dikatakan ditemui oleh seorang budak lelaki Scotland berusia 12 tahun yang tinggal di British Guiana, Amerika Selatan pada tahun 1873. Ia ditemui di dalam simpanan keluarganya dan mengambilnya untuk koleksi peribadi tanpa menyedari setem itu adalah sesuatu yang jarang ditemui.
Namun kemudian, dia menjual setem itu dengan harga yang murah dan dalam tempoh lima tahun ia telah berada di dalam jagaan bangsawan terkenal Austria, Count Philippe la Renotiere von Ferrary (gambar bawah).
Dirampas Perancis
Count Philippe pula mewariskan setem berharga itu kepada sebuah muzium di Berlin. Malangnya ia dirampas oleh Perancis pada tahun 1920 sebagai sebahagian pampasan Perang Dunia Pertama dari Jerman dan kemudian dijual kepada hartawan tekstil New York.
Sering digambarkan sebagai 'setem yang paling berharga di dunia' yang ditemui oleh seorang budak lelaki dan kemudian dijual kepada pengumpul setem tempatan dengan harga yang sangat murah.
Pengarah projek khas di Sotheby, David Redden berkata, sepanjang kerjayanya bersama rumah lelongan Sotheby's, perkara pertama mengenai hasil karya seni terbesar dunia yang beliau ketahui adalah setem Guiana British sebelum mengetahui mengenai Mona Lisa atau Gereja Besar Chartres. – Agensi
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "