2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Seluar 3,300 tahun ditemui

Seluar berusia 3,300 tahun yang ditemui di kawasan perkuburan Yanhai di China.
 
Beijing, 3 Jun 2014 - Penemuan sehelai seluar yang dipercayai berusia lebih 3,000 tahun adalah sesuatu yang mengejutkan dan sekalipun ia kelihatan usang dan lusuh tetapi tetap kelihatan utuh.
 
Seluar itu ditemui bersama pakaian lain di kawasan perkuburan Yanghai di Lembangan Tarim, di China. Seluar yang diperbuat daripada tiga cebisan kain itu dijahit bersama dan hasil tenunan dapat dilihat dipermukaannya. Lebih menarik lagi, ia dipercayai pakaian yang digunakan untuk menunggang kuda. Seluar yang dianggarkan berusia lebih 3,300 tahun itu juga dianggap sebagai yang tertua pernah ditemui.
 
Penemuan itu juga memberi ilham kepada penyelidik Ulrike Beck dari Institut Arkeologi Jerman di Berlin untuk mencadangkan bahawa penciptaan seluar itu adalah untuk digunakan bagi menunggang kuda.
  
Penyelidik turut menemui serpihan seluar bulu yang dipercayai digunakan sejak abad ke 10 dan 13 sebelum Masihi.
 
Seluar tertua untuk menunggang itu dipercayai mula digunakan sejak 4,000 tahun lalu.
 
Jumpa peralatan kuda, senjata
Penyelidik juga menemui peralatan kuda dan senjata. Mereka membuat andaian bahawa ciptaan pakaian itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu untuk dua kaki dan kemaluan, dikaitkan dengan zaman baharu menunggang kuda bertujuan memudahkan pergerakan ketika berperang.
 
Penyelidik menyifatkan seluar sebagai perlindungan yang penting kepada manusia untuk meningkatkan kualiti fizikal. Ia lebih bersesuaian berbanding jenis pakaian lain seperti jubah.
 
Laporan penemuan itu sudah dikeluarkan untuk kegunaan antarabangsa dan menyokong idea penciptaan seluar menunggang untuk kegunaan gembala yang sering berpindah-randah. – Agensi
Marjaki Rawo , Rabu, Jun 04, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog