2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Khasiat Tembikai vs Kulit

 

T

embikai khususnya sesuai dimakan pada musim panas kerana khasiatnya. Tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa tembikai merupakan salah satu buah tempatan yang berpotensi dalam penjagaan kulit secara semulajadi. Lebih 90% daripada tembikai adalah air. Dalam 1 cawan hidangan jus tembikai hanya mempunyai kira-kira 46 kalori. Ini menunjukkan bahawa jus tembikai merupakan makanan diet yang sempurna.

 

Antara khasiat jus tembikai ini ialah menghalang over-accumulation sel-sel lemak. Ianya juga kaya dengan kalium, vitamin, dan mineral. Jika anda tidak suka minum jus tembikai anda juga boleh memakan buah tembikai tersebut seperti biasa.

 

Jangan terkejut para wanita sekalian bahawa jus tembikai ini juga merupakan salah satu cara yang sangat lembut untuk merawat jerawat. Jadi, tidak perlulah membazir wang menggunakan produk-produk yang mahal untuk merawat masalah jerawat.

 

Namun adakah anda semua tahu bahawa bukan sahaja buah tembikai tersebut berkhasiat tetapi kulit tembikai juga mempunyai manfaat tersendiri pada kulit kita. Ada sesetengah antara kita memakan kulit tembikai dan dimasak seperti memasak sayur untuk hidangan makan malam. Bagi yang tahu tentangnya pasti mengetahui kelazatan kulit tembikai tersebut. Kulit buah ini mempunyai sifat-sifat semulajadi iaitu mengandungi kolagen dan antioksidan.

 

Dimana ianya boleh membantu kulit dengan penyembuhan dan pemulihan serta melindungi kulit daripada kerosakan radikal yang melawan tanda-tanda penuaan kulit.

 

Selepas anda selesai makan tembikai, gunakan sudu untuk mengikis bahagian merah jambu pada kulit tembikai tersebut. Kemudian basuh dengan baik isi bahagian yang berwarna merah jambu tersebut. Bersihkan wajah anda menggunkan kulit tembikai bahagian tadi, buat urutan ke kulit anda kira-kira 1-2 minit. Kemudian bilas wajah anda menggunakan air sejuk dan lap hingga kering. Seterusnya anda boleh menggunakan pelembab. Anda akan dapat berasa kulit anda akan menjadi lembut dan berseri.

 

Terdapat beberapa cara lain untuk menggunakan kulit tembikai ialah digunakan dalam mandian. Anda boleh memarut kulit buah tersebut dan menjadikan pulpa sebagai topeng wajah. Anda juga boleh menggunakan kapas untuk menikmati jus parut kulit buah dan digunakan sebagai toner. Ianya sangat melegakan kulit dan segar.

 

Anda boleh mencubanya sendiri dirumah dan sangat menjimatkan. Tidak memerlukan kos yang tinggi untuk penjagaan kulit anda.

 


*Sumber - KertasPaper.Com

Unknown , Khamis, Ogos 15, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog