/

Bahasa :: Penghawa dingin @ pendingin hawa?

A

da seorang rakan aju persoalan kepada saya tentang penggunaan bahasa yang tepat, sama ada ‘penghawa dingin’ atau ‘pendingin hawa’. Persoalan dikemukakan oleh rakan saya tadi mungkin juga menjadi persoalan bagi banyak pihak yang lain.

 

Kemungkinan persoalan-persoalan lain yang timbul ialah sama ada:

  I.     pisang goreng’ atau ‘goreng pisang’

II.     sos tomato’ atau ‘tomato sos’

 

Kesemua persoalan di atas berkaitan dengan Peraturan D-M (Hukum D-M). D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan atau hukum ini, unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan kedua. Hal ini bermaksud, perkara yang menjadi fokus utama disebut terlebih dahulu manakala unsur yang berfungsi menerangkan fokus utama hadir pada kedudukan kedua.

 

Contohnya, perkataan ‘kereta lembu’. Unsur yang diterangkan ialah ‘kereta’ kerana menjadi inti atau  fokus utama. Manakala ‘lembu’ hanyalah berfungsi menerangkan tentang ‘kereta’. Hal ini demikian kerana perkara yang hendak difokuskan dalam perkataan ini ialah ‘kereta’ dan bukannya ‘lembu’.

 

Berdasarkan definisi dinyatakan maka penggunaan perkataan yang tepat bagi ketiga-tiga persoalan di atas ialah:

  I.     ‘pendingin hawa’ (kerana yang difokuskan ialah alat untuk mendinginkan hawa)

II.     ‘pisang goreng’ (kerana yang difokuskan ialah pisang yang digoreng)

III.     ‘sos tomato’ (kerana yang difokuskan ialah bahan cecair atau pekat digunakan  untuk menyedapkan makanan serta diperbuat daripada tomato)

 

Namun, perkataan ‘goreng pisang’ dan ‘tomato sos’ masih boleh digunakan tetapi membawa maksud berbeza. Contohnya:

  I.     ‘goreng pisang’ (menunjukkan perbuatan menggoreng pisang)

II.     ‘tomato sos’ (menunjukkan sejenis tomato yang digunakan untuk membuat sos)

 

Penggunaan bahasa Melayu yang melanggar Peraturan D-M ini terjadi salah satunya disebabkan pengaruh bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, unsur menerangkan hadir pada kedudukan pertama manakala unsur diterangkan hadir pada kedudukan kedua. Contohnya:

  I.     ‘school bus’

II.     ‘football player’

III.     ‘English teacher’

IV.     ‘boarding school’

  V.     ‘pretty woman’

 

Beberapa pelanggaran Hukum D-M dapat dilihat di beberapa tempat, khususnya pada papan-papan tanda serta dalam beberapa penggunaan bahasa harian. Sebagai contohnya:

  I.     Nik Ali Noordin Syarikat Pembinaan (sepatutnya Syarikat Pembinaan Nik Ali Noordin)

II.     Wan Amiruddin dan Norazian Restoran(sepatutnya Restoran Wan Amiruddin dan Norazian)

III.     Lain-lain hal (sepatutnya hal-hal lain)

 

Bagaimanakah pula dengan perkataan-perkataan di bawah? Yang mana satukah tepat dari segi Peraturan D-M?

  I.     ‘ayam telur’ atau ‘telur ayam’?

II.     ‘biru laut’ atau ‘laut biru’?

III.     ‘delima merah’ atau ‘merah delima’?

IV.     ‘daging lembu’ atau ‘lembu daging’?

  V.     ‘anak baju’ atau ‘baju anak’?

 

Kedua-dua pilihan dalam kesemua contoh di atas boleh digunakan tetapi bergantung kepada unsur inti yang hendak diterangkan. Sebagai contohnya ‘ayam telur’ merujuk  sejenis ayam yang menghasilkan telur manakala ‘telur ayam’ merujuk telur yang dihasilkan oleh ayam. Begitulah juga dengan contoh-contoh lain tersebut.

 

Namun demikian, terdapat beberapa kekecualian Peraturan D-M, iaitu sesuatu yang berfungsi untuk menerangkan (M) mendahului sesuatu unsur yang diterangkan (D). Hal ini demikian berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, nama-nama jawatan, gelaran dan penjodoh bilangan. Sebagai contohnya:

  I.     perdana(M) menteri(D)

II.     ibu(M) pejabat(D)

III.     Haji(M) Ahmad Shahru(D)

IV.     naib(M) presiden(D)

  V.     lima ekor(M) kambing(D)

 

S

ebagai penutup bicara, dapatlah disimpulkan bahawa kita semua perlu menggunakan bahasa Melayu dengan tepat dan betul. Kita tidak boleh memandang mudah dalam aspek penggunaan bahasa Melayu kerana kadangkala akan menimbulkan salah faham dalam berkomunikasi.

 

Akhir kata “Cintailah Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa”.

 


*Oleh Wartawan Sinar Harian, 15 Ogos 2013

Unknown , Khamis, Ogos 29, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog