/

Kesedaran mengenai masalah kesuburan masih rendah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2013 – Kebanyakan pasangan suami-isteri sememangnya mahu dikurniakan anak sendiri tetapi ada juga yang kurang bernasib baik walaupun sudah bertahun berkahwin.

   

Masalah mandul atau ketidaksuburan menghalang pasangan suami-isteri mencapai objektif utama mereka iaitu untuk mendapatkan zuriat.

   

Tetapi ada pasangan yang mempunyai masalah ini yang mengatakan itu sudah ditentukan takdir. 

    

Malangnya ada juga yang menyalahkan pasangan masing-masing kerana kegagalan melahirkan anak sebagai penyambung zuriat.

   

Menurut Dr Surinder Singh, pakar Obstetrik, Ginekologi dan Kesuburan, kesedaran mengenai masalah tidak subur dan rawatan baginya masih lagi rendah di Asia.

FAKTOR USIA

"B

anyak faktor risiko bagi lelaki dan perempuan adalah sama. Satu pertiga daripada kes mandul berpunca daripada wanita manakala satu pertiga lagi oleh kaum lelaki.

   

"Selebihnya oleh campuran pelbagai sebab daripada pihak wanita dan lelaki dan faktor yang tidak diketahui punca," kata Dr Surinder sambil menambah bahawa gaya hidup pasangan terbabit turut mempengaruhi.

   

Faktor umur sudah tentu antara sebab utama punca kemandulan.   

 

Kesuburan wanita akan mula berkurangan pada umur 30 tahun dan ke atas manakala lelaki pada usia 40 tahun dan ke atas.

   

MEROKOK, ALKOHOL

M

enurut Dr Surinder, tabiat merokok dan minum alkohol secara berlebihan akan mengganggu peluang pasangan suami-isteri untuk mendapat anak. 

    

Bagi wanita tiada tahap selamat bagi pengambilan alkohol semasa mengandung.

   

"Minum alkohol secara berlebihan akan menambah risiko kecacatan bayi pada masa kelahiran selain menyukarkan wanita untuk mengandung," jelas Dr Surinder.

   

Katanya lagi, mempunyai berat badan yang lebih atau kurang daripada sepatutnya atau bersenam secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesuburan.

   

UJIAN

P

asangan yang bermasalah perlu menjalani ujian kesuburan bagi mengenali punca masalah itu.

   

Bagi pasangan yang berumur lebih 35 tahun dan mempunyai masalah kesuburan, mereka memang digalakkan menjalani ujian itu.

   

"Dalam masalah itu, biasanya pasangan wanita mengalami pusingan menstrual (haid) yang tidak menentu (tidak normal).

   

"Ada beberapa ujian untuk mengenalpasti punca masalah bagi kedua-dua pasangan," kata Dr Surinder.

   

"Ini termasuk pemeriksaan fizikal, ujian hormon dan air mani bagi lelaki manakala bagi wanita, perlu menjalani ujian ovulasi, Laparoscopy selain ujian hormon dan ultrasound pelvik," jelas pakar itu.

   

Selepas pemeriksaan fizikal yang lengkap, pesakit akan ditanya mengenai riwayat perubatan, sebarang penyakit yang ada selain ubat yang diambil, kurang upaya yang ada, serta kegiatan seksual.

   

Analisis air mani (semen) lelaki juga dijalankan bagi mengetahui kuantiti, warna dan samada wujud sebarang jangkitan (infeksi).

   

Semua ujian ini membantu doktor mengetahui samada lelaki mengeluarkan sperma yang sihat dan cukup bagi persenyawaan, katanya.

   

Bagi pasangan wanita pula, ujian dijalankan untuk mengetahui samada beliau masih menjalani proses ovulasi yang normal (termasuk mengetahui tahap hormon yang ada).

   

Ujian Laparoscopy juga dijalankan (pesakit diberi bius am) untuk mengkaji tahap tiub falopian, ovari dan uterus beliau samada mempunyai masalah patologi.   

 

"Ujian Laparoscopy boleh mengenalpasti samada wanita itu masih mengeluarkan benih yang sihat dan samada laluan reproduktifnya membenarkan sperma dan telur wanita melalui tiub falopian," jelas Dr Surinder, yang juga presiden Malaysian Society of Assisted Reproductive Technology (MSART).

   

HARAPAN

M

SART, dengan kerjasama syarikat farmaseutikal Merck Serono, baru-baru melancarkan kempen 'Harapan Mendapatkan Anak'.

   

Kempen itu adalah mengenai program menggunakan kaedah holistik bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan.

   

Selain menimbulkan kesedaran mengenai kesuburan dan masalah bersangkutan, program itu juga memberi maklumat mengenai rawatan yang ada selain menghulurkan panduan.

   

Ia juga menyentuh mengenai kemandulan (tidak subur), iaitu satu situasi yang dianggap 'janggal' dan memang jarang serta dijauhi dari diperkatakan.     

 

Kos rawatan mungkin tinggi tetapi program berkenaan menyaksikan pasangan yang sebelum ini tidak mempunyai zuriat berjaya mendapat cahaya mata melalui kaedah Persenyawaaan dalam Vitro atau IVF (In Vitro Fertlisation).

   

Bagi yang masih gagal, bantuan susulan akan diberi dengan syarat pasangan berkenaan menjalani rawatan IVF pertama. Rawatan IVF hanya sesuai jika pasangan mempunyai bilangan sperma yang normal.

   

Opsyen lain termasuk Intra Cystoplasmic Sperm Injection (ICSI) bagi pasangan lelaki yang mempunyai masalah bilangan atau kuantiti sperma rendah.    

 

Juga terdapat kaedah Gamete Intra Fallopian Transfer (GIFT) tetapi teknologi ini agak lama dan tidak berapa digemari berbanding kaedah IVF.

   

Untuk keterangan lanjut boleh layari www.fertilityasia.com.my - Bernama

Unknown , Rabu, Ogos 28, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog