2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pakai topi koboi untuk elak dikesan

ISLAMABAD, 08 Julai 2013 - Laporan sulit Pakistan semalam bocor di Internet ekoran beberapa siri pendedahan mengejutkan mengenai kehidupan dan kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden.

 

Osama dikatakan menyamar dengan memakai topi koboi ketika bersembunyi di Pakistan.

 

Osama mengenakan topi gaya John Wayne bagi mengelak daripada dikesan radar Amerika Syarikat (AS) ketika bersiar-siar di luar tempat persembunyiannya.

 

Lelaki paling dikehendaki di dunia itu percaya topi besar itu akan melindunginya daripada pesawat pengintip AS yang cuba menjejakinya dari udara.

 

OSAMA dengan topi koboi mengikut lakaran pelukis.

 

Tiga isteri Osama yang bersamanya ketika dia ditembak mati mendedahkan bagaimana Osama menggunakan topi koboi untuk memperdaya tentera Amerika.

 

Pada waktu itu mereka menetap di rumah tiga tingkat di bandar Abbottabad, Pakistan. Laporan suruhanjaya itu yang bakal diterbitkan merakam beberapa siri kesilapan yang membolehkan Osama tinggal tanpa dikesan di Pakistan.

 

Penyiasat berkata, lokasi persembunyian itu dibeli oleh konco Osama dengan menggunakan kad pengenalan palsu.

 

Osama berada di situ selama enam tahun mulai 2005 hingga dia ditembak mati dua tahun lalu.

 

Isterinya memberitahu suruhanjaya rasmi Pakistan yang menyiasat kematiannya bahawa Osama juga pernah mencukur janggutnya dan berjaya mengelak daripada ditangkap sekurang-kurangnya sekali ketika kereta dinaikinya ditahan kerana dipandu laju.

 

Ia berlaku antara 2002 dan 2003 ketika dia dan keluarganya bersembunyi di daerah Swat Pakistan dekat sempadan Afghanistan.

 

Isterinya berkata kenderaan mereka ditahan ketika menuju ke bazar berdekatan.

 

Keluarganya mendakwa ketika berada di Abbottabad, Osama hidup secara cermat dan mempunyai hanya enam pasang pakaian.

 

Anak perempuannya, Sumaya memberitahu penyiasat, meskipun bapanya cedera di kepala, Osama masih boleh dicam dengan jelas. - Agensi

Unknown , Rabu, Julai 10, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog