2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Aplikasi percuma info tentang Malaysia

KUALA LUMPUR, 09 Julai 2013 - Pengunjung ke Malaysia kini boleh memuat turun aplikasi percuma bagi telefon pintar mereka yang menyediakan panduan lengkap tentang Malaysia. 

 

Aplikasi "The Malaysia Trip Planner" yang dilancarkan baru-baru ini menyediakan kepada pelancong maklumat secara peribadi dan praktikal tentang Malaysia.  

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab berkata platform mudah alih telah menjangkaui pengiklanan tradisional dan merupakan kaedah terbaik untuk mempamerkan pelbagai penawaran pelancongan negara.

 

Ciri-ciri utama aplikasi itu termasuklah maklumat terperinci tentang daya tarikan tempatan untuk diteroka, jadual lengkap acara, penerangan tentang tempat-tempat dan daya tarikan yang perlu dikunjungi. 

 

"Tourism Malaysia berbangga dapat melancarkan aplikasi mudah alih ini bagi memenuhi permintaan pelancong hari ini yang mahukan maklumat pelancongan dalam cara inovatif di hujung jari mereka," katanya dalam satu kenyataan.

 

Aplikasi itu mengatur rancangan perjalanan menjadi satu jadual perjalanan yang mempunyai semua butiran terperinci kunjungan pelancong di satu-satu tempat.

 

Ia menyediakan maklumat lanjut tentang pelbagai daya tarikan Malaysia dan membolehkan perkongsian cepat dan mudah dengan rakan-rakan menerusi Facebook dan Twitter.

 

Aplikasi 'Malaysia Trip Planner' itu tersedia bagi telefon iPhone dan Android menerusi "app store" masing-masing. - Bernama

Unknown , Rabu, Julai 10, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog