PUTRAJAYA, 13 Disember 2012 - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Bahagian Industri Makanan telah berikrar akan mengehadkan pengiklanan makanan dan minuman kurang sihat kepada kanak-kanak bawah 12 tahun di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerjasama itu dalam usaha mengehadkan pendedahan kanak-kanak kepada pemasaran makanan dan minuman yang tinggi dengan kandungan lemak, gula dan garam dan seterusnya memperbaik pemilihan makanan sihat oleh kanak-kanak dan ibu bapa.
"Skop pelaksanaan garis panduan ini merangkumi media televisyen, media cetak dan pemasaran makanan dan minuman di sekolah.
"Mesyuarat juga bersetuju supaya garis panduan ini dilaksanakan secara kawal selia kendiri oleh industri pengiklanan dan makanan dan minuman melalui satu ikrar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan 2012, di sini hari ini.
Liow berkata Garis Panduan Pemasaran Makanan dan Minuman kepada Kanak-kanak di Malaysia dibentuk selepas mendapat kata sepakat daripada pihak berkepentingan pada Disember 2011, memenuhi komitmen Malaysia bagi resolusi WHA63.14 yang dipersetujui Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) pada Mei 2010.
Menurutnya usaha bersama itu penting memandangkan masalah penyakit tidak berjangkit seperti obesiti dan penyakit kronik terus meningkat dengan tabiat pemakanan yang tidak sihat terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Katanya mesyuarat hari ini juga menggesa supaya semua premis makanan didaftarkan segera dengan kementerian itu seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Premis makanan yang wajib didaftarkan termasuk kilang makanan, premis yang terlibat dalam katering makanan, cawangan premis makanan seperti restoran, gerai, warung, kantin dan sebagainya serta kenderaan yang digunakan untuk menjual makanan sedia dimakan.
Jelasnya, sehingga 15 Okt 2012, hanya 41,066 premis makanan telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan melalui sistem dalam talian FoSIM Domestik secara percuma.
Liow menggesa pengusaha makanan yang belum berbuat demikian supaya mendaftar premis mereka melalui laman web http://fosimdomestic.moh.gov.my
"Kegagalan mematuhi peraturan itu merupakan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun," katanya.
Liow menjelaskan bahawa pengusaha makanan juga boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran untuk mendaftar premis makanan masing-masing.
Kementerian itu akan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 mulai 1 Jan 2013 melalui pendekatan mendidik dahulu dan menguatkuasakan sepenuhnya pada 1 Jan 2014.
"Melalui pendekatan ini, pengusaha makanan yang melakukan kesalahan semasa pemeriksaan pertama akan diberi amaran, diikuti dengan tindakan penguatkusaan bagi kesalahan yang berulang," jelasnya. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "