2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Ramai kanak-kanak Filipina jadi buruh

MANILA : Hampir seorang dalam lima kanak-kanak di Filipina dilaporkan bekerja sebagai buruh, kata satu kajian kerajaan yang disiarkan semalam yang turut mendapati lebih tiga juta daripada mereka berkerja dalam keadaan berbahaya.
 
Kajian yang disokong Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dijalankan tahun lalu, mendapati bahawa sejumlah 5.5 juta kanak-kanak Filipina atau kira-kira 18.92 peratus semua berusia antara 5 hingga 17 tahun adalah buruh kanak-kanak.

Majoriti kanak-kanak 69 peratus masih bersekolah selain bekerja tetapi kebanyakan mereka lebih suka berhenti sekolah berbanding mereka yang tidak bekerja.

Kajian juga menunjukkan keadaan semakin buruk dalam tempoh 10 tahun lalu apabila satu kajian yang sama pada 2001 mendapati sejumlah empat juga kanak-kanak atau 16 peratus secara keseluruhan adalah bekerja.
 
Pengarah ILO negara itu, Lawrence Johnson memberitahu satu forum di Manila bahawa pendedahan kajian itu mendapati bahawa punca utama buruh kanak-kanak adalah kemiskinan. Tiada ibu bapa mahu memberi jaminan kepada masa depan anak-anak mereka.
 
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa lebih tiga juta kanak-kanak di bawah umur menjadi buruh berbahaya seperti bekerja di lombong galian, kilang malah jalanan di mana mereka terdedah kepada bahaya dan keadaan tidak selamat.
Setiausaha Buruh, Rosalinda Baldoz berkata meningkatnya bilangan buruh kanak-kanak berikutan jumlah penduduk yang bertambah tetapi berkata bahawa kadar yang dikesan juga semakin meningkat.

Tetapi beliau merumuskan walaupun dengan keadaan pertumbuhan ekonomi sekarang, pembahagian manfaat masih lagi menjadi satu masalah.
 
Kajian mendapati 42 peratus buruh kanak-kanak membantu keluarga mereka di kebun atau ladang besar, katanya.
 
"Kita perlu lihat adakah ibu bapa mereka mempunyai pendapatan yang mencukupi menyebabkan mereka menghentikan anak-anak mereka dari sekolah," kata Baldoz kepada pemberita. – AFP
Unknown , Khamis, Jun 28, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog