2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Menara diiktiraf


Gambar tidak bertarikh menunjukkan imej komputer Menara Absolute di Mississauga, Ontario, yang dinamakan sebagai satu daripada pencakar langit terbaik dunia oleh Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH), baru-baru ini.

 
LOS ANGELES, 25 Jun 2012 - Empat bangunan pencakar langit yang menakjubkan di Kanada, Qatar, Australia dan Itali dinamakan sebagai bangunan terbaik di dunia untuk tahun 2012 oleh Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH).
 
Bangunan itu ialah Menara Absolute di Mississauga, Kanada, 1 Bligh Street di Sydney, Palazzo Lombardia di Milan dan Menara Doha/BurjQatar di Qatar.
 
CANGGIH...Menara Al Bahar di Abu Dhabi diiktiraf sebagai bangunan tinggi paling inovatif di dunia.

 
Menara al Bahar di Abu Dhabi pula memenangi anugerah Inovasi CTBUH pertama bagi projek luar biasa kerana ia dilengkapi dinding kaca sistem berkomputer yang boleh mengawal suhu matahari.
 
Sementara itu, Palazzo Lombardia merupakan bangunan pencakar langit pertama di Itali yang menerima pengiktirafan CTBUH, sama seperti 1 Bligh Street yang menjadi bangunan pertama di Australia menerima penghargaan sama.
 
Sebanyak 88 bangunan yang mempunyai ketinggian melebihi 200 meter berjaya disiapkan pada tahun 2011, berbanding hanya 32 pada 2005.
 
Sejumlah 96 lagi bangunan tinggi dijadual siap tahun ini.
 
Pemenang keseluruhan bagi kategori Bangunan Tinggi Terbaik di Dunia akan dinamakan pada Majlis Anugerah Tahunan dan Makan Malam CYBUH ke-11 di Institut Teknologi Illnois pada 18 Oktober ini.
 
Anugerah Bangunan Tinggi Terbaik CTBUH adalah satu penilaian bebas ke atas projek-projek baru yang dilakukan oleh satu panel eksekutif.
 
Projek diiktiraf atas sumbangannya yang menakjubkan dalam memberikan kelebihan kepada bangunan tinggi dan persekitaran bandar.
 
Tahun ini, Lembaga Amanah CTBUH turut memberi Anugerah Pencapaian Seumur Hidup kepada arkitek Lynn S. Beedle yang terkenal dengan rekaannya yang elegan dan ringkas.
 
Majlis itu menerima 78 penyertaan dari seluruh dunia untuk anugerah Bangunan Tinggi Terbaik. Majoriti penyertaan adalah dari Asia, disusuli oleh Timur Tengah.
 
Bilangan penyertaan dari benua Amerika terus menurun, menunjukkan kesan kemelesetan global, baru-baru ini. Pemenang dan finalis adakan dipaparkan dalam Buku Anugerah CTBUH, yang diterbitkan bersama oleh penerbit utama dunia dan diedarkan ke seluruh dunia setiap tahun. - Agensi
Unknown , Rabu, Jun 27, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog