/

Kemalangan Ketika Pergi Dan Balik Kerja Meningkat - Perkeso

SHAH ALAM, 27 Jun 2012 - Kadar kemalangan ketika pergi dan balik kerja membabitkan pekerja meningkat setiap tahun sejak lima tahun lepas, kata Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
 
Beliau berkata sebanyak 24,809 kes kemalangan semasa pergi-balik ke tempat kerja direkodkan berlaku di seluruh negara pada tahun lepas berbanding 22,036 kes tahun sebelumnya (2010).
 
"Sebanyak 90 peratus daripada 24,809 kes kemalangan itu melibatkan penunggang motosikal dan hampir 55 peratus daripada kemalangan itu berlaku dalam lingkungan satu hingga lima kilometer dari tempat kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Perkeso negeri Selangor dengan kerjasama Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd di sini Rabu.
Mohammed Azman berkata jumlah keseluruhan kemalangan melibatkan pekerja yang direkodkan pihaknya sepanjang tahun lepas adalah 59,897 kes berbanding 57,639 kes kemalangan yang direkodkan pada 2010, iaitu peningkatan lebih 2,000 kes.
 
Beliau bagaimanapun berkata terdapat penurunan dalam kadar kemalangan di tempat kerja setiap tahun semenjak kebelakangan ini iaitu 35,088 kes tahun lepas berbanding 35,603 kes pada 2010. - Bernama
Unknown , Khamis, Jun 28, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog