2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 5:33 PM

3Jumaat,Disember

Kes hidap AIDS di AS, Eropah naik

Seks bebas, penggunaan dadah jadi punca

NEW YORK: Sikap tidak peduli golongan muda menyebabkan peningkatan epidemik AIDS di Amerika Syarikat dan negara Eropah seperti Britain dan Jerman, kata seorang pakar atasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sempena sambutan Hari AIDS Sedunia, semalam.
 
Perlakuan seksual membimbangkan golongan muda, terutama lelaki di negara kaya dan peningkatan AIDS di Eropah Timur dan Asia Tengah dikaitkan dengan penggunaan dadah, kata pihak berkuasa, menjejaskan tanda positif seperti pengurangan dramatik dalam jumlah jangkitan daripada ibu kepada bayi yang baru lahir.
 
Paul De Lay, timbalan pengarah eksekutif agensi AIDS Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAIDS) berkata: "Nampaknya akan ada gelombang kedua dan ketiga epidemik itu, terutama akibat hubungan seksual.

"Anda mempunyai golongan muda yang tidak cukup maklumat mengenai AIDS, menyebabkan kurang perasaan takut mengenainya
."

Beliau berkata ia menjadi masalah utama di Britain, Jerman dan Amerika. Tanpa memberi angka khusus, beliau berkata kadar jangkitan golongan muda adalah tiga kali ganda berbanding pada awal 2000.

"Kami dapati setiap lima hingga tujuh tahun, perlu ada satu kempen baru pendidikan yang digerakkan semula. Kami melakukannya di UK dan Jerman. Di Amerika, berlaku kejadian besar-besaran penyakit jangkitan seksual AIDS."

Menurut laporan tahunan UNAIDS yang dikeluarkan minggu lalu, terdapat anggaran 54,000 jangkitan baru di Amerika tahun lalu dan 3,900 di Jerman. Terdapat anggaran 1.2 juta penghidap AIDS di Amerika, 85,000 di Britain dan 67,000 di Jerman.

Di Eropah Timur dan Asia Tengah "terdapat ledakan golongan muda yang ingin mencuba dadah yang disuntik.", menurut pakar PBB.

Russia dan Ukraine secara bersama mencatat hampir 90 peratus jangkitan baru HIV/AIDS sejak beberapa tahun lalu, kata laporan UNAIDS. Ukraine kini mempunyai kadar AIDS tertinggi dewasa di Eropah dan Asia Tengah.

UNAIDS berkata "wujud bukti kukuh kemunculan semula epidemik HIV di kalangan homoseksual lelaki" di Amerika Utara dan Eropah Barat.

Terdapat 3,160 jangkitan baru penghidap HIV lelaki yang melakukan seks dengan lelaki di Britain pada 2007. Di Amerika, jangkitan baru HIV disumbangkan akibat seks tanpa perlindungan antara lelaki meningkat lebih 50 peratus dari 1991-1993 sehingga 2003-3006.

Di seluruh dunia terdapat anggaran 2.6 juta jangkitan baru tahun lalu, menurun daripada kira-kira 3.3 juta ketika kemuncak epidemik AIDS pada 1999, menurut De Lay.

"Ia adalah peningkatan perlahan namun tetap," kata De Lay, yang meramalkan pada kadar terkini ia mengambil kira-kira 50 tahun untuk menguasai Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit itu.

Sebanyak 370,000 bayi setahun yang dilahirkan dengan AIDS menurun daripada 500,000 setahun pada awal dekad ini dan satu laporan baru PBB berkata tidak mustahil untuk menghapuskan jangkitan AIDS ibu kepada bayi menjelang 2015.

Pada hakikatnya tiada bayi dilahirkan dengan jangkitan AIDS di Eropah dan Amerika Utara kerana negara kaya melancarkan imbasan agresif dan program pencegahan pada 1990-an.– AFP
 
+
 

MTV sambut Hari AIDS tanpa selebriti

LONDON: Badan amal penyakit AIDS, Rangkaian Muzik Televisyen (MTV) buat kali pertama tahun ini memulakan kempen Hari AIDS Sedunia tanpa kehadiran selebriti terkenal, sebaliknya menyiarkan dokumentari mengenai semangat dua warga muda penghidap HIV bertujuan memberi inspirasi kepada dunia sejagat.

Saluran muzik itu menyiarkan satu filem rencana selama sejam berjudul Me, Myself and HIV, menyusuri kehidupan Angelikah, seorang pelajar kolej berusia 25 tahun dan Slim, seorang pemuzik berbakat dari Zambia yang menghidapi HIV.
 
"Ini kali pertama Staying Alive menyiarkan program berasaskan realiti kehidupan dan saya amat bangga dengan beberapa program hebat MTV seperti Teen Mom," kata ketua badan amal MTV, Georgia Arnold.
 
Beliau merujuk kepada Yayasan Staying Alive, sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan pada 2004 bagi membantu penghidap HIV dan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit itu, iaitu beliau sendiri antara yang terbabit dengan penubuhannya.

"Pada mulanya saya amat gementar kerana tiada selebriti akan muncul pada kempen dan program kesedaran HIV kali ini kerana sebelum ini kempen biasanya dihoskan seorang selebriti. Bagaimanapun saya rasa program kali ini cukup hebat berikutan kehadiran dua 'suara' iaitu Slim dan Angelikah," katanya.

Beliau berkata, selebriti mempunyai peranan dalam pelbagai kempen kesedaran AIDS, tetapi suara sebenar penghidap HIV akan mewujudkan sikap lebih peka orang ramai terhadap isu itu.

Dua warga muda berkenaan bukan saja terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan komplikasi sebagai penghidap HIV, tetapi juga berkongsi mesej positif bahawa mereka yang dijangkiti penyakit itu juga mampu menjalani hidup secara normal.

Rancangan itu menelusuri kehidupan Angelikah dan teman lelakinya, Taylor yang HIV negatif selepas menjalani ujian selain perbincangan mereka mengenai bagaimana menikmati kehidupan dan seks selamat dengan mengambil langkah perlindungan.

Angelikah tidak memberitahu semua rakan di kolej mengenai keadaannya, tetapi pernah menceritakan kepada seorang rakan karibnya yang kemudian menyalahkannya kerana menghidapi HIV.

Slim keberatan membincangkan kehidupannya sebagai penghidap HIV, tetapi berasa lega apabila rakannya bersikap terbuka selepas mengetahui keadaannya. – Reuters
Muhammad Ttuyup , Jumaat, Disember 03, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog