/

Sesar Bukit Tinggi aktif mungkin punca gempa bumi kecil

BENTONG 15 Jan. – Sebanyak 13 gempa bumi kecil yang berlaku di kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik di sini sejak 30 November lalu, dipercayai disebabkan sesar Bukit Tinggi yang kini aktif.

Pegawai Kaji Bumi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Mohd. Badzran berkata, satu kajian mendalam perlu dibuat berhubung kejadian itu bagi menentukan sama ada sesar Bukit Tinggi memang berlaku dan mampu mengakibatkan kejadian gempa bumi yang besar pada masa hadapan.

Ditanya apa erti sesar, beliau berkata, ia merupakan kesan di permukaan bumi yang terjadi apabila kerak bumi bergerak dan berlaku pecahan di permukaannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kajian dilakukan pihaknya pada tahun 2006 mendapati sesar Bukit Tinggi tidak aktif pada masa itu.

Sesar ini terbentuk secara semulajadi berjuta-juta tahun, namun kajian dua tahun lepas menunjukkan ia sudah tidak aktif.

Kejadian gempa bumi kecil di Bukit Tinggi dan Janda Baik yang bermula 30 November lepas menyebabkan kami percaya ia mungkin disebabkan oleh pergerakan di sepanjang sesar berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di tempat kejadian bersama beberapa jabatan kerajaan berkaitan serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini hari ini.

Lawatan ke Kampung Chemperoh, Kampung Bukit Tinggi, Kampung Janda Baik dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tinggi untuk melihat lokasi kawasan yang merasai gegaran akibat gempa bumi kecil dengan menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS).

Lawatan itu antara lain untuk mendapatkan data lengkap bagi tujuan kajian lanjut selain bertemu dengan penduduk kawasan berkenaan bagi menjelaskan perkara yang berlaku.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Meteorologi, Alwi Bahari berkata, tahun lalu sahaja, sebanyak lapan gempa bumi kecil direkodkan berlaku antara 30 November hingga 12 Disember, diikuti satu lagi penghujung bulan Disember.

Bagi tempoh dua minggu ini saja, sebanyak empat gempa bumi kecil turut berlaku dengan kali terakhir direkodkan gempa bumi berukuran 3.1 pada skala Richter di Bukit Tinggi kira-kira pukul 11.45 malam tadi.

Sepanjang tempoh, gempa bumi berukuran 3.5 pada skala Richter direkodkan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 30 November dan 9 Disember lalu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga telah memasang satu alat sismografi di kawasan Bukit Tinggi malam tadi untuk mengesan aktiviti gempa bumi pada masa depan.

.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Januari 16, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog