/

Bapa Yin syor tubuh pusat tapis maklumat

SAMA MEMBANTU: Shamsul menceritakan pengalamannya mencari Yin sebagai panduan mencari Sharlinie.

IPOH: Bapa kepada Muhammad Nazrin atau Yin yang hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, hujung Mac tahun lalu, mencadangkan keluarga Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang sejak Rabu minggu lalu menubuhkan pusat panggilan mereka sendiri.

Shamsul Ghazali, 35, berkata pusat panggilan itu mestilah menggunakan talian tetap dan dikendalikan oleh ahli keluarga atau rakan kepada ibu atau bapa Sharlinie.

Katanya, pusat panggilan itu bertujuan menapis maklumat yang diterima kerana ada maklumat yang dihantar adalah palsu dan ada juga yang hanya ingin mencerca keluarga berkenaan kerana tidak menjaga anak dengan baik.

Beliau berkata, banyak juga panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak yang cuba 'menangguk di air keruh' dengan menawarkan khidmat mencari kanak-kanak hilang, tetapi dengan syarat mendapat bayaran lumayan.

"Berdasarkan pengalaman dulu, saya menerima 200 hingga 300 panggilan atau SMS sehari hingga sakit telinga dan kepala kerana kami sekeluarga dalam keadaan tertekan, tetapi terpaksa menerima panggilan.

"Pernah dalam sehari, saya menerima SMS mengatakan Yin dilihat di Pulau Pinang dan meminta saya pergi segera ke sana, tetapi sekejap selepas itu, SMS lain mengatakan anak saya ada di Seremban.

"Jadi, banyak maklumat palsu yang perlu dihadapi jika panggilan dan SMS diterima sendiri oleh ibu atau bapa Sharlinie.

"Sebaik-baiknya, panggilan dan SMS ini diterima oleh pihak ketiga seperti kumpulan khas yang menjaga pusat panggilan dan mereka akan menapis maklumat yang perlu diberikan kepada polis.

"SMS yang memberi semangat bolehlah diberikan kepada ibu bapa kanak-kanak ini," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Shamsul berkata, dia bercadang mengunjungi bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussain di Petaling Jaya, Sabtu ini.

"Mohd Nashar perlu menerima hakikat anak mereka sudah hilang, tetapi terus berusaha mencari termasuk menggunakan kaedah perubatan Islam.

"Keluarga Mohd Nashar juga perlu meminta pelajar tahfiz atau persatuan mualaf mengadakan solat hajat dan berdoa kepada Allah supaya menemui semula anak mereka," katanya.
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Januari 16, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog