/

Peraturan Bawa Masuk Tumbuh-tumbuhan Dari Malaysia

SINGAPURA, 30 Nov, - Pengembara yang datang ke Singapura dari Semenanjung Malaysia tidak dibenarkan membawa masuk tumbuh-tumbuhan yang bertanah ke republik itu berkuatkuasa esok.Lembaga Pertanian-Makanan dan Veterinar (AVA) Singapura berkata peraturan mengenai tumbuhan-tumbuhan yang boleh dibawa masuk dari Semenanjung Malaysia ialah bagi meningkatkan langkah-langkah yang diambil sekarang untuk menjaga kesihatan tumbuh-tumbuhan di negara ini dan mengurangkan serangga dan penyakit tumbuh-tumbuhan.Berkuatkuasa esok, pengembara boleh membawa sehingga tiga tumbuh-tumbuhan tanpa bertanah atau 250gm biji benih atau kedua-dua bagi setiap seorang dari Semenanjung Malaysia tanpa permit import AVA dan sijil kesihatan tumbuh-tumbuhan, menurut kenyataan AVA di sini.Kini, pengembara yang membawa masuk sebarang tumbuh-tumbuhan atau bahan tanaman dari luar negara mestilah memperoleh sijil berkenaan dari negara asal untuk mengesahkan bahawa produk tumbuh-tumbuhan itu bebas serangga perosak.Bagaimanapun, pengembara yang pulang dari Semenanjung Malaysia dibenarkan membawa sehingga tiga tumbuh-tumbuhan dengan atau tanpa bertanah atau 250gm biji benih atau kedua-dua bagi setiap seorang tanpa permit import AVA dan sijil berkenaan.Lembaga itu menyatakan pengembara membawa masuk tumbuh-tumbuhan dari Semenanjung Malaysia mestilah memastikan bahawa tumbuhan-tumbuhan itu bebas daripada tanah seperti, lumut sphagnum, lumut tanah gambut dan campuran tanah sebelum ia dibawa masuk ke negara ini.Ia menyatakan tanah, jika tidak dijaga dengan betul, boleh melindungi kecederaan ulat mikroskopik yang boleh membantutkan pertumbuhan dan kematian terhadap tumbuh-tumbuhan tersebut.Ulat ini boleh membiak dengan banyak dan merebak ke tumbuh-tumbuhan yang sihat lain yang boleh merosakkan kedudukan kesihatan tumbuh-tumbuhan Singapura, tambahnya.Kenyataan itu menyatakan bahawa pengembara yang membawa masuk tumbuh-tumbuhan dengan kuantiti berlebihan yang tidak dibenarkan mestilah memperoleh permit import serta sijil berkenaan dan mereka yang melanggari peraturan ini, tumbuh-tumbuhan mereka akan dirampas dan dimusnahkan. - (Bernama)
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Disember 01, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog