/

Tali Keledar Dicadang Diwajibkan Kepada Penumpang Tempat Duduk Belakang

PUTRAJAYA, 30 Nov, - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya supaya mempertimbangkan untuk mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang tempat duduk belakang kenderaan, kata Ketua Pengarahnya Datuk Suret Singh.

Beliau berkata cadangan itu akan dibuat berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) baru-baru ini bahawa pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang tempat duduk belakang dapat mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan.

Kajian Miros itu akan turut dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet berkenaan yang akan datang, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata cadangan JKJR itu juga sejajar dengan usaha kerajaan yang mahu memastikan penurunan kadar kemalangan jalan raya.

"Pelaksanaannya tidak menjadi masalah kerana ia hanya perlu pindaan kecil kepada Peraturan Tali Pinggang Keledar di bawah Akta Pengangkutan Jalan dan tidak perlu di bawa ke Parlimen kerana ia di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan," katanya.

Suret Singh berkata JKJR dalam masa yang sama akan mempertingkatkan lagi kempen pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk belakang.

"Kami mahu mewujudkan satu kesedaran di kalangan orang ramai bahawa pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk belakang adalah perlu bagi keselamatan diri," katanya.

Sementara itu Ketua Pengarah Miros Prof Dr Radin Umar Radin Sohadi yang turut hadir berkata kajian Miros itu menunjukkan 95 peratus kenderaan di negara ini sudah mempunyai tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk belakang. - (Bernama)


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Disember 01, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog