2+4 hrs...Twogether Fourever

/

396 bayi merdeka

2 pasang bayi kembar lahir di Kota Bharu dan Kedah

KUALA LUMPUR: Seramai 396 bayi ‘Merdeka’ dilahirkan di beberapa hospital kerajaan dan swasta di seluruh negara, termasuk dua pasang bayi kembar lelaki di Kota Bharu dan Kedah sempena ulang tahun Hari Kebangsaan ke-50, semalam.

Di Lembah Klang, 72 bayi dilahirkan antara jam 12 tengah malam hingga 6 petang. Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras merekodkan kelahiran paling ramai dengan masing-masing 20 kelahiran.

Dua puluh bayi yang lahir di HUKM adalah 13 lelaki dan tujuh perempuan. Kelahiran terawal direkodkan di HUKM iaitu seorang bayi lelaki tepat jam 12 tengah malam.

Satu bayi merdeka disambut di pusat perubatan itu sehingga jam 2 petang. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pula menerima dua bayi perempuan, Hospital Kajang (12), Pusat Perubatan Ampang Puteri (5), Pusat Perubatan Subang Jaya (7), Pusat Perubatan Pantai (1) dan Hospital Pusrawi (4).

Di KLANG, seramai 27 bayi, sembilan daripadanya perempuan dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sehingga jam 11.30 pagi semalam.

Di KOTA BHARU, sepasang bayi kembar lelaki adalah antara 30 bayi merdeka yang dilahirkan selepas detik jam 12 malam di tujuh hospital kerajaan dan swasta.

Pasangan kembar, masing-masing seberat 2.5 dan 1.95 kilogram (kg) dilahirkan jam 1.51 petang semalam di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Ibu bapa pasangan kembar itu, Zulkifli Che Pit, 39, dan Roshayati Deraman, 34, menganggap kelahiran itu sangat bermakna kerana pada hari sambutan kemerdekaan ke-50.

Di ALOR STAR, seramai 30 bayi merdeka iaitu 27 lelaki dan 11 perempuan dilahirkan di tiga hospital kerajaan semalam termasuk sepasang kembar lelaki.

Di MELAKA, 20 kelahiran bayi merdeka dicatatkan iaitu 14 di Hospital Melaka, Pusat Perubatan Pantai Ayer Keroh (3) dan masing-masing satu di Hospital Alor Gajah, Hospital Jasin serta Pusat Perubatan Mahkota sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Di KUALA TERENGGANU, seramai 22 bayi termasuk 13 lelaki dilahirkan di empat hospital di negeri ini ketika rakyat Malaysia meraikan sambutan Hari Kemerdekaan.

Bayi pertama perempuan seberat 2.98 kilogram yang juga bayi sulung Yulizawati Yusof, 25, dari Kampung Baru, Wakaf Tengah dilahirkan jam 12.45 pagi di dewan bersalin Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Di GEORGETOWN, seramai 23 Merdeka dilahirkan di seluruh negeri sehingga jam 3 petang semalam dengan 17 bayi dilahirkan di dua hospital kerajaan dan enam di empat hospital swasta.

Seramai 15 bayi adalah lelaki dan lapan perempuan. Bayi pertama adalah lelaki yang dilahirkan jam 12.08 tengah malam di Hospital Gleneagles.

Di IPOH, sehingga jam enam petang, seramai 22 bayi membabitkan 14 lelaki dan lapan perempuan dilahirkan di Hospital Ipoh.

Jurucakapnya berkata, bayi pertama yang menjadi bayi merdeka lahir tepat jam 1.56 pagi. Bayi lelaki berkenaan adalah anak kepada pasangan Orang Asli.

Di JOHOR BAHRU, seramai 36 bayi selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga jam 4 petang semalam.

Bayi pertama ialah bayi perempuan dengan berat 3.2 kilogram, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Sebanyak empat bayi merdeka dilahirkan di pusat perubatan itu membabitkan dua bayi lelaki dan dua bayi perempuan antara jam 9.03 pagi hingga jam 1.30 tengah hari.

Di SEREMBAN, seramai 14 bayi merdeka dilahirkan setakat jam 4 petang di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dengan kelahiran pertama membabitkan bayi lelaki seberat 2.5 kilogram yang dilahirkan jam 1.24 pagi.

Pengarah HTJS, Dr Jaafar Che Mat, berkata daripada jumlah bayi yang dilahirkan itu, 10 daripadanya berketurunan Melayu dan masing-masing dua bayi berketurunan Cina dan India.

"Kita jangkakan enam lagi bayi akan dilahirkan sehingga jam 12 malam nanti," katanya selepas menerima lawatan isteri Menteri Besar, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin ke HTJS bagi menyampaikan hamper dan sumbangan kepada bayi merdeka terbabit.

Di KUANTAN, seramai 11 bayi dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Bayi berkenaan adalah tujuh lelaki dan empat perempuan.
try , Sabtu, September 01, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog