2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Islam Bukan Hak Melayu

Bismillah hirrahmaa nirohim.

Banyaknya spektrum pemikiran dalam masyarakat, maka banyaklah pula pertembungan dan kekeliruannya. Satu kekeliruan yang masih berlaku dalam masyarakat orang-orang Melayu

ialah masuk Islam mesti jadi Melayu, kalau kekal Cina mesti belum Islam. Umumnya begitu, bukan semua.

Mungkin ini disebabkan beberapa fakta sejarah yang sengaja "disimpan" atas sebab-sebab tertentu. Banyaknya jasa masyarakat muslim Cina yang datang ke Tanah Melayu dan Nusantara telah diceritakan oleh sejarah.

Sebenarnya kita banyak terhutang budi dengan masyarakat Cina Muslim.

Kajian-kajian sejarah melalui batu bersurat dan sebagainya, telah banyak membuktikan di mana orang-orang Cina turut berperanan menyelamatkan bangsa Melayu dari penjajahan aqidah yang kacau berserabut kepada aqidah Islam yang Esa dan Tunggal.
Bukan itu saja, menurut buku 'The Muslim in China', tulisan seorang tokoh dakwah Islam dari Negeri China, Haji Ibrahim Tien Ying Ma telah mencatatkan lapan kali pelayaran Laksamana Muhammad Cheng Ho dari benua China.

Contohnya pelayaran pertama (Jun 1405 hingga September 1407) selama 2 tahun. Dengan sebuah armada besar Muhammad Cheng Ho menyusuri pantai menuju Champa, sebuah pesisir penduduk Islam di Pantai Vietnam. Beliau terus belayar arah timur, menyusuri pesisiran selatan Kalimantan dan pesisiran Jawa (di akhir Kerajaan Majapahit). Terus menyusuri pesisiran barat dan timur Sumatera menuju Melaka.

Di Melaka, beliau menempatkan pasukannya di satu kawasan berbukit, yang akhirnya disebut Bukit Cina atau Chinese Hill. Beliau dan pengikutnya terus menziarahi Raja Melaka, iaitu Parameswara yang masih beragama Hindu. Disampaikan hadiah terdiri dari emas, wang Tiongkok, sutera, porsolen dan beberapa payung kuning.

Melaka waktu itu di bawah takluk Siam dan terpaksa membayar ufti tahunan berupa 40 unit pohon emas. Menurut catatan Ma Huan seorang jurutulis yang ikutserta dalam pelayaran tersebut mengatakan, di mana Parameswara sebelumnya cuma bertaraf kepala suku atau ketua kaum sahaja. Oleh itu membayar ufti sebegitu banyak adalah suatu penindasan dari sebuah kuasa penjajah ( Siam) waktu itu.

Berdasarkan ikatan persahabatan dan dengan kebijaksanaan dan kasihnya pada Islam, Muhammad Cheng Ho telah mengutus surat kepada kerajaan Siam supaya ufti dihentikan. Tandanya Laksamana Muhammad Cheng Ho dengan kekuatan kerajaannya, telah berjaya membebaskan dan menyelamatkan kerajaan Melayu Melaka dari penjajahan kerajaan Siam, dengan tanpa tumpah darah setitik pun.

MasyaAllah...

(panjang juga artikel ni kan ?)

Bukan itu sahaja, bahkan kunjungan muhibbah Muhammad Cheng Ho itu berjaya membangunkan hubungan politik, diplomatik dan sosial secara damai dengan pemerintah berbagai negeri di Laut Selatan. (Parameswara setelah memeluk Islam dikahwinkan dengan Puteri Hang Li Po dari negeri China.) Ini amat sesuai dengan kehendak Islam yang membawa perdamaian dan keselamatan.

Hal ini mungkin menjadi salah satu sebab mendorongkan ahli-ahli bisnes Cina mengalir secara besar-besaran ke negeri-negeri Asia Tenggara waktu itu. Sehingga dikatakan ramai penduduk-penduduk tertentu di Thailand, Melaka, Indonesia dan Filipina, kerana terlampau sayangkan beliau menyebabkan mereka membangunkan kuil atau shrine bagi menghormati 'San Pao Kung' atau 'Sam Po Bo' iaitu gelaran kehormat kepada Muhammad Cheng Ho.

Berbeza dengan pengembara-pengembara barat lain seperti Christopher Columbus dan Vasco Da Gama, mereka merompak dan membakar rumah penduduk tempatan yang dikunjunginya. Bagitu juga lanun-lanun barat lain yang menangkap penduduk-penduduk tempatan Afrika untuk dijual sebagai hamba abdi.

Di situlah hebatnya misi dakwah dan penyelamat yang dibawa oleh peribadi Islam seorang Laksamana dari sebuah kerajaan super power bahagian timur waktu itu.
Menurut Prof Dr Hamka dalam bukunya 'Sejarah Umat Islam', di mana Muhammad Shah (nama Islam kepada Parameswara) sendiri pergi mengadap Maharaja Cina bersama anak isterinya berserta 450 orang pengiring. Beliau disambut dengan penuh kebesaran, dihadiahkan dengan emas (100 tahil), wang kertas (40,000), wang perak (2,600), kain cita sutera (200), sutera (1,000 kayu), kain sutera dilekat dengan emas (2 kayu) dan beberapa orang ahli pertukangan beragama Islam.

Tukang-tukang inilah yang turut membantu pembangunan masjid-masjid di negeri Melaka, sehingga boleh dilihat unsur-unsur kecinaan senibina di masjid-masjid tertuanya.

Lihat Masjid Kampung Hulu, Masjid Tengkera dan lain-lain, itu sudah Masjid Cina..

Semuga Islam menjadi hak semua orang, bukan hak Melayu atau orang Arab saja.

Malah sepatutnya masyarakat Cina perlu mendapat penghormatan dan merebut kembali kedudukan ini dengan pengislaman mereka.

Ustaz Riduan Tee pernah menyebut dalam satu majlis:

"Mengapa hanya tidak sampai 1% dari orang-orang Cina di Malaysia yang memeluk agama Islam? Sebab cara kita 'menjual' Islam itu terlalu bersifat perkauman, kemelayuan atau kearaban. Sehingga Islam tidak dianggap sebagai agama universal yang bersifat sejagat, tetapi hanya berlegar sekitar soal bangsa dan bahasa". Itu kata beliau dari seorang yang berbangsa Cina..

Marilah kita melakukan perubahan paradigma pada diri kita dahulu kemudian membantu orang lain memahaminya.

Ini amat kritikal dalam mengajak diri, keluarga dan masyarakat untuk bersama menyampaikan Islam kepada masyrakat "rojak" di Malaysia dan dunia amnya.

Allahu'alam.

Segala kebenaran dari Allah jua. Buang dan tegurlah yang salah,

Ambil, amal dan sebarkan yang betul.

Wabillahi tau fi' wassalamu'alaikum w.w.
try , Rabu, Mei 30, 2007 | 2 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

2 ulasan :

  1. Salam,
    Syukur alhamdulillah penulis menemukan satu artikel yg baik dan saya rasa harus ramai yg membacanya. Kita seringkali memandang tinggi kepada diri sendiri, lantaran untuk melemparkan senyum kepada sesama kita apalagi bangsa asing adalah amat mahal sekali. Apalagi amalan berat???
    Mengkaji sejarah byk membuka jalan yg lebih luas utk dekat kpdNYA.
    Teruskan usaha.

    BalasPadam
  2. Tak silap saya, puteri hang li po telah mengahwini Sultan Mansur Syah,bukannya Parameswara. Parameswara adalah raja melaka yang pertama, datang ke Melaka melarikan diri dari palembang.

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog