2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pengguna komputer berisiko lumpuh

Pakar mendakwa berjuta-juta pengguna termasuk kanak-kanak sakit belakang serius

LONDON: Sekumpulan pakar mendakwa berjuta-juta pengguna komputer riba, termasuk kanak-kanak seawal 12 tahun mengalami masalah sakit belakang serius yang boleh menyebabkan lumpuh akibat penggunaan kerap komputer mudah alih berkenaan.

Akhbar Daily Mail melaporkan semalam pengguna termasuk golongan remaja kini disahkan mengalami masalah kerosakan saraf kerana terlalu membongkok bagi melihat skrin komputer riba berkenaan.

Malah berjuta-juta lagi berisiko menyebabkan kerosakan serius kepada tulang belakang, leher dan bahu disebabkan sering membongkok,” kata pakar chiropractic Britain, Michael Durntall yang menjadi antara sekumpulan pakar yang mahukan penyelidikan lebih meluas dibuat mengenai kesan penggunaan komputer riba.

Pakar itu mendakwa, sekurang-kurangnya setiap empat daripada lima pesakit mereka disahkan mengalami masalah kerosakan saraf akibat menggunakan komputer mudah alih berkenaan.

Mereka mendakwa masalah itu disebabkan penurunan harga komputer yang mendadak dan kemudahan teknologi itu yang semakin meluas dan menarik ramai menggunakannya.

Malah, jualan komputer riba oleh PC World di Britain, mencatat peningkatan lebih 25 peratus, tahun lalu.

Ini diburukkan lagi dengan kelonggaran penggunaan komputer riba yang tidak tertakluk di bawah peraturan keselamatan dan kesihatan sama seperti penggunaan komputer meja.

Ini, kata pakar berkenaan, menggalakkan penyalahgunaan komputer riba itu.

Masalah utama penggunaan komputer riba itu adalah tekanan pada kaki bagi membolehkan pengguna melihat skrin. Beban tekanan itu turut dirasai pada leher dan tulang belakang.

Saya sendiri sudah melihat berpuluh-puluh hasil imbasan sinaran X yang menunjukkan kerosakan pada sendi pengguna kerap komputer riba itu.

“Ini termasuk ibu membawa anak mereka yang berusia 12 tahun mengalami masalah sakit belakang yang ketara dengan badannya yang bongkok sebaik melangkah masuk ke dalam klinik,” kata Durntal.

“Saya turut melihat masalah sama di kalangan mereka berusia 20-an dan 30-an yang juga bongkok pada sekitar pangkal leher, juga kerana kerap menggunakan komputer riba.”

Rishi Loatey, seorang lagi pakar kiropraktik dari Wembley turut mengakui sering merawat pesakit yang mengalami masalah sakit belakang dan leher sebagai pengguna tegar komputer riba.

Nicola Hunter, pakar fisioterapi dan kesihatan pekerjaan berkata tangan dan lengan juga tidak terkecuali berdepan kesan penggunaan komputer itu.

“Ada bukti jelas menunjukkan tekanan pada anggota badan itu menyekat pergerakan urat saraf yang lazim berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, masalah kesan penggunaan komputer riba itu masih belum dilakukan Kementerian Kesihatan Britain.

Pakar chiropractic lazimnya menasihati pengguna komputer riba menggunakan kemudahan itu di atas meja atau di kedudukan lebih tinggi berbanding diletakkan di atas lantai. – Agensi
try , Khamis, Mei 31, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog