/

‘Pil super’ rawat 1,800 sakit genetik

LONDON : Sekumpulan saintis Barat mendakwa, sejenis pil ‘ajaib’ baru yang mampu merawat hampir 2,000 penyakit keturunan termasuk ‘cystic fibrosis’, akan berada di pasaran dalam tempoh tiga tahun lagi.

Pakar perubatan pula mengalukan kejayaan ‘Pil super’ itu yang disifatkan sebagai satu pencapaian bersejarah dalam bidang perubatan.

Kajian disiarkan edisi terbaru jurnal Nature semalam, mendakwa ubat itu dapat memperbaiki beribu-ribu kecacatan genetik yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

“Usaha penghasilan pil itu masih di tahap awal ujian ke atas manusia selepas mencatatkan keputusan memberangsangkan pada tikus makmal.

“Jika semuanya berjalan lancar, pil itu boleh dipasarkan pada awal 2009,” kata Lee Sweeney, pensyarah Universiti Pennsylvania yang mengetuai penyelidikan itu.

“Ada beribu-ribu penyakit keturunan yang boleh mendapat manfaat daripada pil ajaib berkenaan. Malah apa yang menarik, ia tidak mensasarkan satu jenis kecacatan yang menjadi punca penyakit, tetapi keseluruhan mutasi itu sendiri,” katanya.

Pil yang turut dikenali sebagai PTC124, setakat ini mencatatkan keputusan positif di kalangan penghidap penyakit Duchenne Muscular Dystrophy dan ‘cystic fibrosis’ atau fibrosis sistik - sejenis penyakit keturunan membabitkan kelenjar tertentu.

Penghidap perlu mengambil pil itu seumur hidup mereka. Dalam ujian ke atas tikus makmal yang disuntik penyakit ‘Duchenne Muscular Dystrophy,’ pil itu dikatakan menghasilkan pengeluaran dystrophin yang memulihkan keadaan otot haiwan itu.

Penyelidikan berkenaan juga mendakwa, pil itu dapat digunakan bagi merawat lebih 1,800 penyakit keturunan lain.

Beberapa pakar juga mengalu-alukan kejayaan penyelidikan pil berkenaan.

“Kami sememangnya menantikan keputusan penuh hasil ujian klinikal bagi melihat sejauh mana kemampuan pil itu,” kata Pengarah Penyelidik Kempen Muscular Dystrophy, Dr Marita Pohlschmidt. – Agensi
try , Rabu, April 25, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog