/

Jangan terpedaya dakwaan pelaburan Internet halal

KUALA LUMPUR 23 April – Para pelabur beragama Islam diminta tidak terpedaya dengan penganjur skim cepat kaya atau pelaburan menerusi Internet yang sekadar mengemas kini laman web masing-masing dan mendakwa kononnya aktiviti mereka halal tanpa unsur riba.

Peringatan itu diberi kerana penganjur skim-skim berkenaan yang tidak dikenali identiti mereka, secara tiba-tiba menukar pelan pelaburan dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi memberi keuntungan secara tetap, untuk mempromosikan aktiviti mereka sebagai halal.

Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin memberitahu Utusan Malaysia, hanya menerusi pengubahsuaian terhadap kandungan laman web iaitu dengan menukar pelan pelaburan dan jaminan keuntungan, tidak mencukupi untuk mengesahkan bahawa aktiviti mereka adalah halal.

Sebaliknya, tegas beliau, soal halal dan haram atau sama ada ia mengandungi unsur riba serta perniagaan yang mencurigakan mengikut syariat Islam hanya boleh diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, bukannya penganjur skim-skim cepat kaya itu sendiri.

Beliau mempersoalkan bagaimana begitu mudah iaitu cuma sehari dua penganjur skim terlibat boleh mendakwa aktiviti mereka sudah menjadi halal sedangkan selama ini mereka memang mengambil riba.

“Takkan sekelip mata mereka aktiviti mereka yang sebelum ini haram boleh tiba-tiba jadi halal hanya dengan perbaharui laman web, semua ini sangat mencurigakan.

“Kita harap orang ramai segera jauhi pelaburan menerusi Internet yang telah difatwakan haram walaupun ada penganjur kata ia halal tetapi kita sendiri tak tahu siapa yang kendalikan, sedangkan maklumat PPIM mengatakan dalang-dalang aktiviti ini ialah bukan Islam yang mahu merosakkan umat Islam di negara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noor Nirwandy turut mengesahkan bahawa PPIM telah menyiasat beberapa laman web yang mengubah kandungan utamanya dengan menyatakan bahawa aktiviti mereka menyediakan keuntungan yang tidak tetap sebaliknya berubah-ubah mengikut kadar harian, mingguan dan bulanan.

Katanya, salah satu daripadanya ialah Venturemax International menerusi laman web www.venturemaxint.net yang kini dipromosikan oleh ejen-ejennya di negara ini sebagai halal iaitu langkah terbaru mereka mengembalikan keyakinan pelabur Islam.

try , Selasa, April 24, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog